Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.bai] | اباي

Definisi : cuai, lalai; tidak ~ dr tidak cuai (lalai) dr; mengabaikan 1. tidak atau sangat sedikit memberikan perhatian kpd (seseorang atau sesuatu), tidak mengendahkan, mencuaikan, melalaikan: ~ anak isteri; ~ tugas dan tang­gungjawab; 2. memandang tidak penting, tidak mempedulikan atau meng­endah­kan, menganggap sepi: ~ tunjuk ajar dan nasihat orang; mereka ~ sahaja segala kritik dan cemuhan; 3. tidak menggunakan (sesuatu kesempatan, kemudahan yg disedia­kan, dll), membiarkan atau melepaskan, men­sia-siakan: sayang sekali peluang keemasan itu kau­abaikan; terabai tidak diberi perhatian (bkn seseorang atau sesuatu), tidak dipedulikan (diendahkan atau digunakan), dibiarkan sahaja atau disia-siakan; keterabaian keadaan terabai: ~ sesuatu kelompok; keabaian perihal abai; pengabaian perihal atau perbuatan meng­abaikan (keluarga, tugas dan tanggungjawab, nasihat dan teguran, peluang dan kemudahan, dll); pengabai (orang yg sifatnya) suka mengabai­kan atau sering tidak memberikan perhatian kpd sesuatu (spt tugas, tanggungjawab, dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.bai] | اباي

Definisi : tidak dipentingkan; lalai. mengabaikan 1 tidak mengambil berat terhadap tugas, nasihat dsb; melalaikan; mencuaikan: Kerana selalu ~ pelajaran, ia telah gagal dlm peperiksaan. 2 menganggap tidak penting; tidak mempedulikan: Kerana menganggap dirinya sudah cukup pandai, ia ~ nasihat orang-orang yg lebih berpengalaman drpdnya. terabai tidak dipedulikan; disia-siakan; terbiar. pengabaian perbuatan atau hal mengabaikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata abai


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Abai saudara baru dedah kepada murtadTiadaMilenia Muslim1 March 2006
Nilai-nilai Islam dalam Puisi Badaruddin H.O.AbaiBAHANA1 November 2008

Kembali ke atas