[a.ja/] | اجق
Definisi : mengajak 1. menjemput (mempelawa dsb) seseorang dll supaya turut pergi atau datang ke sesuatu tempat (menghadiri sesuatu dsb) atau turut melakukan sesuatu, menjemput, menyarankan kpd (utk berbuat sesuatu), menganjurkan, menjemput (makan dsb): Malaysia telah ~ Filipina berunding mengenai Sabah; ia ~ isterinya berpindah ke Brunei; Hasnah ~ saya ke majlis hari jadinya; dia ~ kami makan; 2. membangkitkan hati (utk melakukan sesuatu), mencabar (utk): ~ berdebat; ~ bertumbuk; ajakan pelawaan atau jemputan utk turut serta melakukan sesuatu (pergi atau datang ke sesuatu tempat dll), saranan, pelawaan (baik berupa jemputan atau cabaran); pengajak orang yg mengajak, pendorong, perangsang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[a.ja/] | اجق
Definisi : Mn sama dgn, seakan-akan, seperti; mengajakkan 1. menyifatkan (memandang) spt; 2. menunjukkan (menggayakan) cara membuat atau melakukan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[a.ja/] | اجق
Definisi : ; ~-~ ayam pelawaan yg tidak sungguh-sungguh. mengajak 1 meminta atau menyilakan seseorang supaya turut pergi atau datang ke sesuatu tempat; mempelawa; mengundang: Kerana hujan lebat, dia ~ saya naik ke rumahnya. 2 memberi perangsang supaya mahu melakukan sesuatu: ~ berkelahi. ajakan 1 kata-kata atau perbuatan utk mengajak; undangan. 2 anjuran atau permintaan supaya berbuat sesuatu: ~nya tidak dipedulikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)