Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ku] | اکو

Definisi : kata ganti nama diri pertama (selalu digunakan dlm perhubungan yg akrab antara sesama kawan dan antara manusia dgn Allah tetapi agak kasar jika digunakan ketika berbicara dgn orang yg harus dihormati). beraku menyebut “aku” sbg kata ganti nama diri pertama: Tidak sopan jika kita ~ apabila bercakap dgn orang-orang tua. mengaku 1 membuat pernyataan atau pengesahan ttg diri sendiri: Dia tidak tahu menggunakan bahasa Melayu dgn betul tetapi ~ sbg ahli bahasa. 2 mengatakan “ya” ttg sesuatu tuduhan, kesalahan dsb: Dia enggan ~ bahawa dia telah membocorkan rahsia itu. 3 menganggap sbg: ~ bapa; ~ anak. mengakui 1 mengaku akan; menyatakan sesuatu sbg benar: Pemuda itu telah ~ segala kesalahannya. 2 menerima sbg sah; membenarkan: Kerajaan Malaysia telah ~ kerajaan Bangladesh. memperakukan menjadikan sesuatu dpt diakui (kebenarannya dll): Pihak Sirim perlu ~ mutu setiap barang keluaran dlm negara. akuan segala sesuatu yg diakui: ~nya itu telah ditolak kerana tidak disertai keterangan yg cukup. perakuan hasil atau hal memperakukan: ~ pihak Sirim perlu didapatkan sebelum sesuatu barang boleh dijual kpd pengguna. pengakuan hal (perbuatan dsb) mengaku atau mengakui; pengesahan: ~ negara-negara maju utk membantu negara-negara yg sedang membangun itu sangat menggembirakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aku

Puisi
 

Jeling-jeling paku,
     Paku masak lemak;
Siapa jeling aku,
     Aku cakap pada emak.


Lihat selanjutnya...(70)
Peribahasa

Aku alah engkaulah menang.

Bermaksud :

Tidak mahu mengaku kalah.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Buku, oh buku! Aku Cinta kamu beri aku nikmat dan beri aku ilmuBaha ZainDewan Sastera1 December 2006
Aku Adalah AkuMd. Nazrin MuhamadDewan Siswa1 March 1998
Aku adalah akuTiadaDewan Masyarakat15 October 1978
Aku Ingin Jadi Bukan AkuAdil Mohd NoorDewan Siswa1 July 2006
Aku datang, Ya Tuhanku, Aku DatangAjip RosidiDewan Masyarakat15 October 1979
Aku Datang Ya Tuhanku,Aku DatangAjip RosidiDewan Sastra15 November 1977
Aku Datang, Ya Tuhanku, Aku DatangRosidi, AjipDewan Sastra15 November 1977
Hujan Datang Aku Berpayung Panas Tiba Aku BerteduhKashim MohamadDewan Masyarakat15 August 1979
Aku dan maktabNoridah Haji LamsariWadah1 September 1995
Aku ibarat bunga-bunga lalangYusmat YusWadah1 March 1991
12345678910...

Kembali ke atas