Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.mat] | امت

Definisi : sangat: ~ mahal; ~ terkejut; ~ sangat tersangat, terlampau, terlalu; memperamat, memperamat-amat, memperamatkan, memperamat-amatkan memperhebat, mempersangat: ~ pukulan; teramat tersangat, terlampau sangat: yg ~ mulia; keamatan 1. keadaan yg amat sangat; 2. darjah (kekuatan, kehebatan, dsb) yg amat tinggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.mat] | امت

Definisi : ; mengamati, mengamat-amati 1. memerhatikan benar-benar, melihat dgn teliti: ia ~ muka tunangannya; 2. meneliti, meng­awasi: segala gerak-geri orang yg dicurigai diamat-amati oleh polis; pengamatan, pengamat-amatan peng­awas­an, penelitian: drpd ~ saya yg sungguh-sungguh, saya mendapat kesan bahawa dialah yg bersalah; pengamat pengawas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.mat] | امت

Definisi : benar-benar; sangat: ~ cantik; ~ pandai. keamatan ist keadaan yg tinggi kadarnya (ttg sinaran cahaya, aliran elekrik dsb). teramat terlalu sangat: ~ besar; ~ mulia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[a.mat] | امت

Definisi : ; mengamati 1 melihat dgn teliti: Beliau telah ~ gambar itu utk mengetahui yg manakah gambar adiknya. 2 memperhatikan sesuatu dgn sungguh-sungguh; mengawasi: Pihak polis sedang ~ setiap gerak-geri mereka. pengamatan perbuatan atau hal mengamati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata amat

Puisi
 

Rumah baru sudahlah siap,
     Tapi dapurnya amat sempit;
Kuat burung kerana sayap,
     Kuat ketam kerana sepit.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Bagai emak mandul baru beranak.

Bermaksud :

Girang yang amat sangat; kasih sayang yang terlalu amat.

 

Lihat selanjutnya...(39)

355

Man proposes, God disposes

Manusia boleh merancang dan berusaha tetapi Tuhan yang menentukan segala-galanya.

Manusia mengikhtiarkan, Allah mengtakdirkan

“If Plan A fail, we have Plan B. Each has been meticulously planned,'' said the manager. ''But what if Plan B fails too?'' asked the director. '' Man proposes, God disposes, sir' replied the manager.

''Sekiranya Pelan A gagal, kita ada Pelan B. Setiap pelan ini telah dirancang dengan amat teliti,'' kata pengurus itu. ''Tetapi jika Pelan B pun gagal?'' tanya tuan pengarah. '' Manusia mengikhtiarkan, Allah mengtakdirkan, tuan'', jawab pengurus.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
AmatSaifullizan YahyaPelita Bahasa1 March 2001
Amat Juhari Moain (1940 - )Raja Masittah Raja AriffinJurnal Dewan Bahasa1 July 1998
Amat TeksiHasnul Abdul HadiDewan Sastra15 May 1976
Amat Sinar mampu bersinarAmin ShakibDewan Ekonomi1 May 1995
Amat Juhari MoainJunaidah Ahmad GhazaliPelita Bahasa1 September 1996
Sel;amat Puja UsiaM. ZnulfinBAHANA1 July 2008
Aku Amat KecewaSabar BohariDewan Sastera1 October 2008
'Bahasa amat penting untuk menyampaikan objektif parti." - Tengku Razaleigh HamzahRitah Yahaya dan Azmi Hilman AzizDewan Bahasa1 November 2007
Rasulullah amat berpegang pada janjiMohd Sukki OthmanMilenia Muslim1 December 2006
Yang amat arif dan terima kasihA. HDewan Bahasa1 November 1988
12345678

Kembali ke atas