Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.na.li.sis] | اناليسيس

Definisi : penyelidikan atau penghuraian sesuatu (spt keadaan, masalah, persoalan, dll) utk mengetahui pelbagai aspeknya (ciri-cirinya dll) secara terperinci atau mendalam: ~ natrium klorida; menggubal sesuatu dasar memerlukan masa yg lama, penelitian dan ~ yg tajam dlm semua segi; ~ kos faedah (Eko) penilaian kos sesuatu perusahaan berbanding dgn faedah atau keuntungan perusahaan tersebut; ~ kualitatif (Kim) analisis secara ujian kimia atau kaedah fizik utk mengenal pasti sesuatu unsur, sebatian, campuran, dll; ~ kuantitatif (Kim) analisis secara ujian kimia atau kaedah fizik utk menentukan kuantiti setiap juzuk yg dike­tahui terdapat di dlm sesuatu sebatian atau larutan; ~ nisbah (Eko) kaedah penilaian prestasi sesebuah organisasi berdasarkan nisbah kewangan dan nisbah kendalian yg diperoleh drpd maklumat kewangan organi­sasi tersebut; ~ penyata kewangan (Eko) penilaian risiko, kredit, atau pelaburan sesebuah organisasi berdasarkan maklumat drpd kunci kira-kira, penyata pendapatan, dll; ~ pulang modal (Eko) penilaian banyak­nya jualan, harga jualan, dan jumlah belanja sesuatu keluaran utk menentukan untung rugi keluaran tersebut; ~ sistem (Komp) penelitian kegiatan, peraturan, kaedah, teknik atau cara kerja sesuatu sistem utk menentukan masalah dan keperluan sistem tersebut serta menentu­kan cara utk menyelesaikan, memperbaik atau melaksanakan sistem dgn berkesan; ~ volumetri (Kim) analisis kuantitatif gas atau larutan berasaskan ukuran isi padu; menganalisis melakukan analisis ke atas sesuatu (bahan, data, dll): darah harus di­ambil drpd kedua-dua ibu bapa utk diana­lisis; bahkan buku tatabahasa yg ~ aturan bahasa pun masih menggunakannya secara tidak tetap; ~ teks yg digunakan sbg data; penganalisisan perbuatan (proses) meng­analisis: pengumpulan dan ~ maklumat; ~ sebuah cerita yg mudah; penganalisis orang (pihak) yg menganalisis: kaedah ini masih popular digunakan di kalangan para ~ perniagaan di Amerika Syarikat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.na.li.sis] | اناليسيس

Definisi : 1 penghuraian atau pengupasan sesuatu perkara utk mengetahui selok-beloknya (buruk baiknya dll); kajian. 2 pemisahan bahagian sesuatu sebatian atau bahan dgn kaedah kimia. ~ kualitatif ist analisis utk mengenal pasti sama ada sesuatu unsur atau sebatian dlm keadaan tulen atau campuran, melalui ujian kimia atau kaedah fizik. ~ kuantitatif ist analisis utk menentukan kuantiti setiap juzuk yg terdapat di dlm sesuatu sebatian atau larutan melalui ujian kimia atau kaedah fizik. ~ sistem ist penelitian terhadap peraturan, kaedah, teknik atau cara kerja sesuatu sistem utk menentukan masalah dan keperluan sistem tsb serta menentukan cara utk menyelesaikan masalah, memperbaik atau melaksanakan sistem dgn berkesan. menganalisis 1 menghuraikan sesuatu perkara utk mengetahui selok-beloknya dll; mengkaji. 2 menceraikan sesuatu bahan kpd bahagian-bahagiannya dgn kaedah kimia. penganalisisan hal atau perbuatan menganalisis. penganalisis orang yg menganalisis sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata analisis


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Analisis kontrastif dan analisis kesilapan: dua muka yang ada pada satu duit syiling yang samaSoh Bee KweeDewan Bahasa1 August 2001
Analisis Kontrastif dan Analisis Kesilapan dalam P&PMedia Sandra KasihPelita Bahasa1 June 2004
Analisis kontrastif dan analisis kesilapanJamaliah Mohd AliJurnal Dewan Bahasa1 May 1990
Interaksi penyair dan pembaca: Analisis teknik pengungkapan (Analisis puisi Dewan Sastera ...]Arbaie SujudDewan Sastera1 October 2005
Analisis dan ulasan soalan novel SPMMunsyi SasteraPelita Bahasa1 May 2007
Analisis Akustik terhadap Bunyi Plosif dalam Bahasa MelayuBadrulzaman Abdul HamidDewan Bahasa1 November 2000
Analisis Tautan Ayat dari Segi Kohesi Nahuan, dan Leksikal dalam Penulisan KaranganAbdul Jalil OthmanDewan Bahasa1 August 2000
Analisis Kualiti Buku Teks Bahasa Melayu KBSMNor Azuwan YaakobDewan Bahasa1 July 2000
Analisis Fonologi Bahasa IbanShahidi Abd. HamidDewan Bahasa1 April 2000
Analisis Hubungan Makna Kata Kerja dengan Kelompok Kata Sendi Nama dalam Bahasa MelayuMohd. Azemi Mohd. YusoffDewan Bahasa1 January 2000
12345678910...

Kembali ke atas