Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.sur] | انسور

Definisi : ; beransur, beransur-ansur 1. sedikit demi sedikit (melakukan sesuatu atau berlaku­nya sesuatu), (dgn) berdikit-dikit: hutang itu dibayar ~; keberaniannya datang ~; dgn ~, guru menambah pengetahuan murid-murid; dgn berhentinya pengeluaran majalah itu, maka gerakan itu pun beransur-ansur ghaib; 2. sedikit demi sedikit bertukar kpd sesuatu keadaan, semakin: tenaganya ~ pulih; demamnya ~ kebah; hari ~ gelap; 3. bergerak meninggalkan sesuatu tempat sedikit demi sedikit (tidak serentak): mereka mulai ~ dr tempat itu; 4. bergerak (berengsot dsb) sedikit-sedikit atau perlahan-lahan: mereka ~ ke depan; mengansur 1. melakukan (menyelesaikan) sesuatu sedikit demi sedikit (berdikit-dikit): ~ hutang; ~ kerja; 2. bergerak (mengengsot) maju perlahan-lahan atau sedikit-sedikit: mereka ~ ke depan; mengansuri ark membayar (hutang dll) dgn beransur-ansur; mengansurkan 1. memberikan sesuatu secara beransur-ansur, memberikan sesuatu sbg ansuran atau bayaran berdikit-dikit (utk menyelesaikan hutang dll); 2. menyorongkan ke hadapan; ansuran wang (bayaran) utk menyelesaikan hutang dll secara beransur-ansur, wang yg diansurkan: radio itu dibelinya dgn ~ RM30.00 sebulan; pengansuran perbuatan mengansurkan (hu-tang dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.sur] | انسور

Definisi : ; beransur, beransur-ansur sedikit demi sedikit (dlm hal bergerak, membayar hutang dsb): Dia membayar hutangnya secara ~. mengansur 1 melakukan sesuatu berdikit-dikit: Ia ~ kerjanya dr sehari ke sehari hingga selesai. 2 bergerak atau berengsot sedikit demi sedikit: Orang tua itu ~ ke muka pintu. mengansurkan 1 membawa (menyorongkan, menghulurkan dsb) ke depan: Sambil berbual-bual, dia ~ para tetamu ke meja hidangan. 2 memberikan sesuatu atau membayar (hutang dsb) sedikit demi sedikit: ~ hutang. ansuran bayaran yg dibuat sedikit demi sedikit utk mengurangkan hutang: Cincin berlian itu dibelinya secara ~ RM50/- sebulan. pengansuran perbuatan (hal, cara dsb) mengansur atau mengansurkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ansur

Peribahasa

Akal tak sekali datang,
     runding (= fikiran) tak sekali tiba.

Bermaksud :

Segala sesuatu tidak selesai sekali gus melainkan beransur-ansur.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Tolak ansur dan hakisan kuasa Melayu (catatan ketua editor)Padilah Haji AliDewan Budaya1 June 2008
Tolak ansur yang kalahHassan AhmadDewan Masyarakat1 November 2007
Marilah Bertolak AnsurAbdul Rashid NgahDewan Pelajar1 December 1981
Penghapusan Aparteid: tolak ansur diperlukanKuan, DwayneDewan Siswa1 June 1990
Jerebu: tiada lagi tolak ansurAdam ArisDewan Masyarakat1 May 1998
Bayaran balik pinjaman: Bank Pembangunan sedia tolak ansurShahriza SidinDewan Ekonomi1 April 1998

Kembali ke atas