Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.sal] | اصل

Definisi : 1. mula(nya), yg mula-mula (pertama) sekali: adapun ~ nama Lenggui itu Glong Gui, ertinya perbendaharaan permata; bentuk ~ bangunan itu dikekalkan; rancang­an ~; 2. tempat semula, keadaan semula, pangkal permulaan: dr mana ~nya budak ini? 3. = ~ saja (sahaja) = asalkan = ~-asalkan a) dgn syarat, apabila: kau boleh pulang ~ pekerjaanmu sudah selesai; buatlah apa yg patut, ~ tidak menyakitkan hati orang lain; b) sebaik saja, setiap ... saja: ~ dapat gaji terus berjoli; ~ ada kecil pun jadi (pada) prb kalau tidak ada banyak, sedikit pun cukup (memadai); ~ ayam pulang ke lumbung, ~ itik pulang ke pelimbahan prb tabiat orang tidak akan berubah; ~ berisi tembolok senang hati prb apabila cukup makan atau pakai, senanglah hati; ~ ditugal adalah benih prb janganlah disusahkan tidak ada pertolongan asal dimulai dahulu pekerjaan; usul menunjukkan ~ prb kelakuan (budi bahasa) orang menunjukkan asalnya (keturunannya); usul-usul, asal-asal, ~ jangan ditinggalkan prb dlm segala hal, haruslah ditilik puncanya;berasal 1. bertempat asal (di), mula-mulanya dulu berada (di): orang itu ~ dr Kedah; 2. keturunan (dr): raja itu ~ dr raja Melaka; 3. berbangsa, keturunan baik-baik: orang yg ~; mengasalkan = ~ kpd memulangkan kpd, mengembalikan kpd (asal, keadaan semula); diasalkan = ~ oleh disebabkan (oleh);asalan (Mat) titik rujukan asal bagi titik-titik lain pd garis satah atau dlm ruang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.sal] | اصل

Definisi : 1 yg mula-mula (sekali): Warna ~ kereta itu putih. Tempat ~ orang-orang Negro di Amerika ialah Afrika. 2 pangkal permulaan; tempat yg mula-mula: Dr manakah ~ orang itu? ~ mula yg mula-mula (sekali); ~ usul asal keturunan; susur galur. 3 sebab atau keadaan yg mula-mula: ~ kapas menjadi benang, ~ benang menjadi kain. 4 biar: Buatlah kerja dgn sungguh-sungguh, jangan ~ ada saja. 5 = ~ saja, = asalkan dgn syarat; hanya apabila ...; kalau: Engkau boleh pergi ~ kerjamu sudah selesai. 6 = ~ saja, = asalkan supaya: Biar lambat ~ selamat. berasal 1 bertempat asal; datang drpd: Agama Hindu ~ drpd India. 2 berketurunan drpd: Mereka mengaku ~ drpd Raja Iskandar Zulkarnain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asal

Puisi
 

Asal sukun di Laut Jati,
     Terendak Cina jatuh ke ruang;
Patah tumbuh hilang berganti,
     Kasih lama tidak terbuang.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Jenguk pandang tindai-tindai;
     usul-usul,
asal-asal,
     jangan ditinggalkan.

Bermaksud :

Sebelum melakukan sesuatu pekerjaan lebih baik diperiksa dan diselidiki dulu, supaya selamat dan sempurna pekerjaan itu. tindai-tindai = lihat dengan perhatian yang saksama kalau-kalau ada yang salah.

 

Lihat selanjutnya...(47)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Asal usul komuniti Sikh di MalaysiaSarjit S. GillDewan Budaya1 May 2007
Asal Usul Cerita PanjiMohd. Yusof Md. NorDewan Sastera1 September 2000
Asal usul nama Alor SetarS. NathesanDewan Bahasa1 May 2009
Asal Nama Kampung SayaRosli BidinDewan Pelajar1 April 1979
Asal Kampung SemadaTiadaDewan Pelajar1 May 1978
Asal Kampung SayaNorashidah IsmailDewan Pelajar1 April 1978
Asal Nama Kampung SayaAdnan Mat NoorDewan Pelajar1 September 1976
Asal Nama KinabaluPak OlongDewan Pelajar1 September 1976
Asal Nama Kampung SayaShaifuddin Md. ArofDewan Pelajar1 June 1976
Asal Nama Kampung SayaLiew Soo LayDewan Pelajar1 June 1976
123456789

Kembali ke atas