Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.bi] | بابي

Definisi : 1. sj binatang mamalia yg berbadan gemuk, berkaki pendek, berkulit tebal, dan bermuncung (diharamkan bagi orang Islam); 2. bk kata makian yg digunakan kerana marah (sangat benci akan seseorang, sesuatu, dsb); 3. nama kartu (dlm permainan ceki); ~ alu tenuk; ~ balar babi putih; ~ bodoh = ~ janggut sj babi, Sus barbatus; ~ duyung sj binatang laut yg bentuk badannya menyerupai babi; ~ hutan babi yg liar; ~ laut sj binatang laut yg berbulu-bulu; ~ nangoi sj babi hutan yg kecil; ~ rantai = ~ tunggal babi hutan yg tidak berkawan; ~ rusa sj babi hutan yg bertaring panjang, Babyrousa babyrussa; ~ tanah sj binatang kecil yg makan semut; bagai ~ merasa gulai prb dikatakan kpd orang yg hendak menyama-nyamai orang besar (kaya dll); membabi; ~ jalang berzina, bermukah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.bi] | بابي

Definisi : ; ~ kurus sj tumbuhan (pokok), berasberas, kasir, kedondong matahari, kempas roman, pauh kijang, Trigonochlamys griffithii; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai), getang-getang, ketumbi padang, tutup bumi paya, Synedrella nodiflora. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.bi] | بابي

Definisi : beberapa jenis binatang yg bermuncung panjang, berkulit tebal dan berbulu kasar yg haram lagi najis di sisi agama Islam (ada yg liar dan ada yg dipelihara), Sus spp.. membabi bertingkah laku spt babi. ~ buta melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata babi

Puisi
 

Anak babi memakan siput,
     Siput bercampur batang keladi;
Kasihkan padi buangkan rumput,
     Kasihkan rumput buangkan padi.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Diidam seperti babi lemak.

Bermaksud :

Dendam yang tak habis. diidam = menaruh dendam.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Babi HutanZainal Abidin TahirDewan Pelajar1 March 1973
Siput BabiPak SakoMastika1 April 1983
Projek Ternakan Babi RM 100 JutaMat LetupDewan Masyarakat1 May 2008
Kontroversi sepanjang babiNasruddin AbdullahPelita Bahasa1 July 1989
Mengubati gila babiN. Z. AbidinDewan Siswa1 August 1989
Perubahan Bahasa: Antara Babi dan KhinzirTeo Kok SeongDewan Bahasa1 August 2000
Perubahan bahasa : antara babi dan khinzirTeo Kok SeongJurnal Dewan Bahasa1 August 2000
Tiga tahun lapan bulan:Diterkam babi hutanAzwan AdimayaDewan Pelajar1 February 1983
Dua buah puisi:Nyanyi Si Siput BabiAzmi YusoffDewan Pelajar1 January 1982

Kembali ke atas