Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.dan] | بادن

Definisi : 1 semua bahagian tubuh manusia atau binatang yg dpt dilihat: ~ orang itu besar serta gempal. 2 bahagian tubuh manusia atau binatang, tidak termasuk kepala, kaki ataupun tangan: ~nya lebih panjang drpd kakinya. 3 yg empunya tubuh; diri sendiri. 4 bahagian utama drpd sesuatu: ~ kereta; ~ kapal terbang. 5 sekumpulan orang yg bertanggungjawab melaksanakan sesuatu. ~ berkanun jabatan kerajaan yg dibentuk mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri. ~ kehakiman jabatan kerajaan yg bertanggungjawab dlm menentukan dan menangani masalah undang-undang. ~ kerajaan mana-mana jabatan kerajaan yg menjalankan kegiatan kerajaan sehari-hari. berbadan mempunyai badan. ~ dua hamil; mengandung. perbadanan jabatan kerajaan yg ditubuhkan mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri; badan berkanun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata badan

Puisi
 

Batang ini batang nangka,
     Duduk abang pagi petang;
Badan ini badan celaka,
     Tengah berkasih bencana datang.


Lihat selanjutnya...(189)
Peribahasa

Badan boleh dimiliki,
     hati tiada boleh dimiliki.

Bermaksud :

Walaupun orang-orang lemah itu di bawah kuasa orang kuat, tetapi hatinya bebas lepas.

 

Lihat selanjutnya...(54)

39

A bird in the hand is worth two in the bush

Sesuatu yang sudah dimiliki adalah lebih baik. Oleh itu, jangan dikejar sesuatu yang meskipun lebih baik tetapi belum pasti kita mendapatnya kerana takut-takut yang ada terlepas pula.

Harapkan si untung menggamit, kain di badan jangan didedahkan

We decided simply to accept the offer even though it was not what we expected. People said that we might get better offers if we waited a little longer, but a bird in the hand is worth two in the bush. Since the economy was in a bad shape, it was unwise

Kami memutuskan untuk menerima sahaja tawaran itu meskipun tidaklah seperti yang kami harapkan. Kata orang, kemungkinan ada tawaran yang lebih baik jika kami menunggu sedikit masa lagi, tetapi kami tidak mahu harapkan si untung menggamit, kain di badan

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Badan-badan bahasa dan sastera Melayu: satu perspektif sosiopolitikRustam A. SaniDewan Sastera1 May 1989
Badan-badan bahasa dan sastera di Malaysia: antara kreativiti dankepimpinanAhmad Kamal AbdullahDewan Sastera1 October 1989
Badan-badan bahasa dan sastera Melayu: satu perspektif sosiopolitikRustam A. SaniDewan Sastera1 April 1989
Tugas badan-badan penulis untuk mematangkan ahli-ahlinyaTiadaDewan Bahasa1 December 1967
Pakaian Untuk Badan Atau Badan Untuk Pakaian?Norizan MuslimDewan Budaya1 September 2000
Badan Bahasa dan Sastera sebelum dan selepas merdekaMohd Pauzi MahmadPelita Bahasa1 May 2007
Badan jauh di rantau orangSiti Zaleha M. HashimPelita Bahasa1 October 2006
Badan khas untuk menerbitkan buku rujukanYee Kwang ChienPelita Bahasa1 September 1993
Badan dunia: suara minoriti lebih berkuasaNawi AbdullahDewan Masyarakat1 March 1995
Badan pengawas di sekolahElias EffendyDewan Siswa1 March 1992
1234567

Kembali ke atas