Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ha.na] | بهان

Definisi : 1. bunyi kuat: ~ meriam berdentum; 2. dengung, deru, gema: ~ anak panah; 3. bising, suara riuh rendah: ~ tentera berjalan; 4. sl kata, suara; menteri yg muda menghambur ~; membahana 1. menjadi bergema, bergaung, dll kerana sesuatu bunyi; 2. ki menjadi jelas, terang, menjadi nyata: masalah ini terus ~ melalui risalah-risalah teologi; membahanakan menyebabkan menjadi bahana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ha.na] | بهان

Definisi : sl 1. berbeza; 2. luar biasa, amat (elok, besar, dll): paras adinda terlalu ~, lemah lembut sedang perdana; ® behena. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ha.na] | بهان

Definisi : 1. kerana, sebab: tubuh Si Tenggang kurus dan lemah oleh ~ kerap dilawati penyakit; 2. sesuatu yg timbul disebabkan drpd sesuatu kejadian (perbuatan, tindakan, keadaan, dsb), terutamanya yg kurang baik atau yg buruk, kesan, akibat: engkau tunggulah ~ perbuatan jahatmu itu; kuncupan aktiviti ekonomi negara yg berterusan akan menimbulkan pelbagai ~, spt meningkatnya pengangguran dan merebaknya masalah hutang lapuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ha.na] | بهان

Definisi : 1 bunyi yg kuat spt bunyi petir, meriam dsb. 2 bunyi yg bergema atau berdengung, spt bunyi anak panah yg dilepaskan dr busur. 3 bunyi bising yg tidak keruan; riuh-rendah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ba.ha.na] | بهان

Definisi : 1 kerana; oleh sebab: Tubuhnya kurus kering ~ menghisap dadah. 2 sesuatu yg berlaku (biasanya yg kurang baik atau yg buruk) akibat sesuatu kejadian, perbuatan dsb: Itulah ~ akibat ingkar perintah Allah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahana


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Bahana Kahwin Kontrak dan Kahwin Tak MerasaOthman PutehDewan Sastera1 April 2002
Bahana Bom AtomRubaidin SiwarDewan Pelajar1 December 1979
Bahana Politik BahasaMohd. Shukri Mohd. AriffDewan Masyarakat1 September 2008
Bahana KesibukanAzaika SRTunas Cipta1 April 2004
Bahana Sebuah BencanaZamri Md. NoorKarya1 June 1998
Bahana 30 tahunTiadaBahana1 June 1996
Sastera di BahanaOthman Haji Mat DonBahana1 February 1984
30 tahun penerbitan majalah BahanaAlidin Haji OthmanBahana1 June 1996
Sambutan 30 tahun majalah BahanaAwang Hussain Awang Mohd. YusofBahana1 September 1996
30 tahun penerbitan majalah Bahana (diwawancara oleh Alimin Haji AbdulHamid)Mahmud Haji BakyrBahana1 June 1996
12345678910...

Kembali ke atas