Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.has] | بحث

Definisi : penyelidikan, pengupasan, perbincangan; ilmu ~ pengetahuan tentang mencari kebenaran (cara berfikir yg benar) dgn jalan bertukar fikiran;berbahas, berbahas-bahasan berbincang dgn seseorang atau pihak yg lain mengenai sesuatu perkara dgn mengemukakan hujah masing-masing (sama ada menyokong atau menentang), berdebat: mereka ~ mengenai kesalahan bahasa;membahaskan 1. membincangkan sesuatu dgn mengemukakan hujah masing-masing (sama ada menyokong atau menentang), mendebatkan, memperdebatkan: persidangan utk memilih usul-usul yg akan dibawa dlm sidang agung utk dibahaskan; 2. mengupas, mengkritik, membantah: kenyataan ini tidak dapat dibahaskan lagi;bahasan 1. kritik, penyelidikan; 2. = perbahasan; perbahasan 1. perihal berbahas atau membahaskan, perdebatan: dlm ~ itu, acap kali dikemukakan pendapat yg bukan-bukan; ~ mengenai rang undang-undang; 2. peraduan berbahas antara dua pasukan (biasanya terdiri drpd tiga orang) yg membahaskan sesuatu tajuk (secara formal): ~ peringkat akhir antara Sekolah Alam Shah dan Kolej Tunku Kursiah akan disiarkan secara langsung melalui televisyen;pembahasan perihal membahaskan;pembahas orang yg membahaskan (sesuatu perkara), orang yg mengambil bahagian dlm (peraduan) perbahasan: ~, baik pencadang mahupun pembangkang, terdiri drpd dua orang Melayu dan dua orang bukan Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.has] | بحث

Definisi : 1 perbincangan; pengupasan. 2 penyelidikan; pemeriksaan. berbahas bertukar-tukar fikiran antara satu dgn yg lain mengenai sesuatu perkara; berdebat: Mereka sedang ~ ttg pelajaran anak-anak Melayu. membahas 1 menyatakan tidak setuju dgn sebab-sebab tertentu; menyanggah (dgn alasan tertentu); mendebat: Ali telah ~ pendapat Musa dgn panjang lebar dlm forum tsb. 2 menyelidik; memeriksa. memperbahaskan menjadikan sesuatu sbg bahan berbahas; memperdebatkan: Perkara itu akan diperbahaskan dlm majlis yg akan diadakan nanti. perbahasan pertukaran fikiran mengenai sesuatu perkara; perbuatan atau hal berbahas; perdebatan: Majlis ~ itu telah ditangguhkan ke minggu hadapan. pembahasan perbuatan atau hal membahas. pembahas 1 orang yg membahas: Pihak ~ telah memenangi perbahasan itu dgn kelebihan lima belas mata. 2 orang yg berbahas atau memperbahaskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahas


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Bahas BahasaAbdul Hadi YusoffPelita Bahasa1 May 2004
Pertandingan bahas piala ketua menteriAbang Patdeli Abang MuhiPelita Bahasa1 September 1992
Pertandingan bahas guru-guru MalaysiaAdnan Abdul MajidPelita Bahasa1 November 1993
Pertandingan bahas antara institusi pengajian tinggi di SabahS. NathesanPelita Bahasa1 October 1994
Pantun Bahas Muka (Kepada sahabatku yang sekarang sedang mengadakanmajlis doa selamat)Yahya M. SBahana1 April 1994
Medan bahas mencabar mindaPutri al-Inshirah Megat SapeliDewan Siswa1 May 1995
Majlis Antarabangsa Bahas Melayu (MABM)Amat Juhari MoainMonograf Bahasa,Sastera dan Budaya Melayu1 November 2000
"Belajar seberapa banyak bahas yang boleh." - K.As AnnaduraiAzmi Hilman Aziz dan Ritah YahayaDewan Bahasa1 January 2008
SMS Pokok Seba: juara bahas bahasa Melayu Piala Perdana MenteriAbdul Rashid OthmanDewan Siswa1 November 2006
Dialek sosial lambang kehalusan budi bahasMohd HashimDewan Bahasa1 April 2009

Kembali ke atas