Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.kul] | باکول

Definisi : bekas (tempat menaruh barang) yg dianyam (drpd rotan, buluh, dll), keranjang;~ tepak Kl bakul yg tiada mempunyai bucu;membakulkan membuang atau memasukkan ke dlm bakul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.kul] | باکول

Definisi : Jw perempuan yg berniaga secara kecil-kecilan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.kul] | باکول

Definisi : bekas yg dianyam drpd rotan, bilah dsb utk tempat mengisikan sesuatu: ~ sampah bekas tempat membuang sampah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bakul

Puisi
 

Bakul berisi ketam dan siput,
     Mari diletak di hujung sudut;
Yang menanti padang tak berumput,
     Yang datang kurus berkerut.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor.

Bermaksud :

Kerana yang sedikit rosak yang banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan seekor rosakkan ikan setajau, b. Sebab nila setitik, rosak susu [= santan] sebelanga). kambu = bakul.

 

Lihat selanjutnya...(3)

60

Blow your own trumpet

Membangga-banggakan kejayaan, kelebihan diri dan sebagainya atau memuji-muji diri sendiri.

Masuk bakul angkat sendiri

"I don't want to blow your own trumpet, but I can cook better than that celebrity chef," said the kitchen helper.

"Aku tak mahulah masuk bakul angkat sendiri, tetapi aku lebih pandai memasak daripada jurumasak terkenal itu," kata pembantu dapur tersebut.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Bakul PengalamanKhadijah HashimDewan Sastera1 June 2004
Bakul SampahNuwa AitawaMuslimah1 August 1991
Set album, bakul dan cerminAli YaakubDewan Siswa1 February 1980

Kembali ke atas