Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bang.ga] | بڠݢ

Definisi : 1. megah; 2. besar hati: saya berasa ~ kerana mendapat kawan yg begitu setia;berbangga 1. berasa megah; 2. berasa besar hati: anak-anak kita akan ~ membaca kisah pengalaman kita;membangga ark berbangga;membanggakan 1. memegahkan: apakah yg hendak dibanggakan dgn gelaran warisan yg diterimanya itu? 2. menimbulkan rasa bangga, menimbulkan rasa besar hati: keputusan yg dicapai sungguh ~ kita semua;kebanggaan 1. kemegahan: pahlawan itu menjadi pasak ~ tanah air; 2. rasa besar hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bang.ga] | بڠݢ

Definisi : Jw ark membangkang, menentang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bang.ga] | بڠݢ

Definisi : senang dan besar hati; megah: Tuan kebun itu berasa sangat gembira dan ~ dgn hasil tanamannya. berbangga berasa senang dan besar hati kerana sesuatu sebab; berasa bangga: Rakyat negara tsb ~ dgn kemajuan yg dicapai oleh negara mereka. membanggakan 1 menimbulkan rasa bangga; menyebabkan berasa megah: Kejayaannya dlm pelajaran ~ kedua-dua ibu bapanya. 2 berbesar hati kerana: ~ kejayaan diri sendiri. kebanggaan 1 apa-apa yg menimbulkan rasa bangga. 2 perasaan bangga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bangga

Puisi
 

Pokok cempedak di tepi tangga,
     Berbuah sebiji gugur terbuang;
Janganlah mudah berasa bangga,
     Bilalah diri dipuja orang.


Lihat selanjutnya...(2)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Bangga bergelar penulisKhairul Nizam Abd. RaubTunas Cipta1 May 2006
Bangga berhutang ?Mustafa K AnuarDewan Masyarakat1 January 1995
Ibu bapa bangga anak-anak pandai jawi dan al-QuranTiadaMilenia Muslim1 April 2006
Terkejut dan bangga risalah Gunung Titlis dalam bahasa MelayuBahara HKIbu1 January 2001
Maaf, kami memang bangga dengan bacaan berkelasAriadinata, JoniHorison1 December 2006
Untuk Tidak Terlalu Bangga dan Tidak Pula Kecewa: Ku Tulis Puisi IniZainal LasimDewan Sastera15 July 1980
Dalam PerjalananLydia Desmond BanggaDewan Siswa1 February 2004
Di Puncak Ini Kulaung Namamu dengan Bangga MerajaMaharam MamatTunas Cipta1 August 2003

Kembali ke atas