Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ngun] | باڠون

Definisi : 1. bangkit (drpd duduk, tidur, dll): sekali jatuh, sekali ia ~; jatuh ~ ki kegagalan dan kejayaan seseorang (sesebuah negeri dsb); 2. jaga (drpd tidur), bangkit: pagi-pagi aku ~; 3. jaga (tidak tidur): ketika awak pulang saya masih ~; 4. siuman (drpd pengsan): setelah pengsan, ia tidak ~ lagi; 5. sedar, insaf (akan kedudukannya): pd masa ini, bangsa Afrika sudah mulai ~; 6. bangkit, muai (adunan): tepung ini tidak mahu ~; 7. menjadi cair (minyak yg beku): panaskan minyak ini supaya ~;membangun 1. bangun berdiri, bangkit, naik (awan dll): pelangi ~; 2. berkembang dan meningkat maju: negara-negara yg sedang ~;membanguni 1. sl bangun drpd tidur utk melakukan sesuatu tindakan; 2. Jk membangunkan (dr tidur);membangunkan 1. menyuruh seseorang yg sedang tidur supaya bangun, membangkitkan, menggerakkan, mengejutkan: setiap hari ibunya ~nya pd pukul enam pagi; 2. menyebabkan seseorang yg sedang tidur terjaga (kerana bising, diganggu, dsb), membangkitkan, mengejutkan: dentuman yg kuat itu ~nya drpd tidur; 3. membina, mendirikan, membuat: bendahara bermesyuarat hendak ~ kapal akan kenaikan raja; bandar itu dibangunkan di atas kawasan yg mengandungi bijih; mengutip derma utk ~ madrasah; 4. membuat supaya membangun (maju dan berkembang), membina, memajukan: ~ negara; ~ bangsa;5. membuat supaya wujud (timbul, datang) sesuatu perasaan: ~ minat; ~ hasrat utk berdikari;terbangun terjaga drpd tidur dgn tiba-tiba (kerana terkejut, bising, dll): dia ~ apabila mendengar orang mengetuk-ngetuk pintu rumahnya;bangunan sesuatu yg dibangunkan (spt gedung, rumah, kedai, dll): ~ lama;kebangunan kebangkitan, keinsafan, kesedaran: ~ Tanah Melayu menghasilkan kemerdekaan;pembangunan 1. perihal membangun, proses membangun (mencapai kemajuan, perkembangan, perkembangan, dsb); 2. usaha atau kegiatan membangunkan (memajukan dan mengembangkan): ~ luar bandar; ~ sistem;pembangun orang yg membangunkan, pembina. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ngun] | باڠون

Definisi : 1. bentuk, tokoh: ~ badannya sesuai dgn suaranya yg besar itu; 2. = bangun-bangun rupa, perawakan, sikap: ~nya baik; 3. susunan, susuk (sesuatu benda dll): mempelajari ~ permukaan bumi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ngun] | باڠون

Definisi : sl denda, ganti rugi (kerana membunuh atau merugikan orang);membangun membayar denda atau ganti rugi, mengganti kerugian: membunuh tidak ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ngun] | باڠون

Definisi : 1 bangkit drpd duduk atau drpd baring: Dia ~ dr kerusi malas lalu berdiri di jendela dan melihat ke luar. 2 terjaga drpd tidur; bangkit drpd tidur: Hari sudah siang tetapi Ali belum ~ lagi. 3 menjadi cair kembali (ttg minyak yg beku): Panaskan minyak ini supaya ~. membangunkan 1 mengejutkan orang drpd tidur; menggerakkan orang tidur supaya terjaga: Tiap-tiap pagi, ayah ~ saya supaya bersembahyang subuh dgnnya. 2 menimbulkan semangat dsb; membangkitkan: Kita hendaklah ~ minat membaca di kalangan kanak-kanak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ba.ngun] | باڠون

Definisi : 1 bentuk atau potongan sesuatu (spt bulat, bujur): Meja makan yg itu bundar ~nya. 2 rupa paras; susuk tubuh: ~ tubuhnya tegap sasa. 3 kaedah atau cara susunan sesuatu; struktur: ~ muka bumi. membangun 1 bangkit; naik (ttg awan dsb): mega ~. 2 berkembang dan bertambah maju: negara-negara ~. membangunkan 1 membina atau membentuk sesuatu supaya tegak berdiri; mendirikan: ~ rumah. 2 mengusahakan supaya maju: ~ negara ialah tugas setiap rakyat. bangunan sesuatu (spt rumah) yg dibangunkan atau didirikan: Taj Mahal ialah ~ yg tercantik di dunia. pembangunan perbuatan, cara dsb membangunkan sesuatu: ~ luar bandar; ~ masjid itu telah memakan masa dua tahun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bangun

Puisi
 

Menari bangun menepung,
     Makan tepung bibir rasa;
Nyaris abang mati terkepung,
     Mujur ada sepintu dua.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Laksana janda baru bangun tidur.

Bermaksud :

Perempuan yang benar-benar cantik.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Bangun!W. M., HadiHorison1 May 1970
BangunSariani HiBahana1 October 1995
Jatuh bangun Tengku Farith Rithaudeen [biografi dan wawancara]Muhammad Azli Shukri, Dayang Fazelah dan Muhamad Rafiq Abdul RahmanDewan Ekonomi1 November 2008
Dok bangun kunun!Zakiah Hanum Abdul HamidPerempuan1 September 1997
Jatuh bangun perancangan strategikJaafar Abdul RahimDewan Masyarakat1 March 1995
Jatuh bangun kerana bahasaAbdul RazakPelita Bahasa1 February 1999
Jatoh bangun nobel-nobel MelayuA. Rahman C. MMastika1 July 1970
Jatuh bangun industri filem MelayuAmerjit SinghMastika1 July 1993
Jatuh bangun industri filemIsmail DaudUsahawan1 March 1994
Jatoh bangun seni drama Melayu di-SingapuraAhmad IdrisMastika1 December 1967
123

Kembali ke atas