Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ban.tah] | بنته

Definisi : perkelahian, pertengkaran; ~-bentah = ~-bentuh bermacam-macam pertengkaran;berbantah berkelahi, bertengkar (mulut);berbantah-bantah berselisihan: jika kamu ~ dlm sesuatu perkara, hendaklah kamu mengembalikannya kpd al-Quran dan Sunah;membantah menentang, melawan (pendapat): dia tidak ~, hanya air matanya yg menitik;membantahi tidak membenarkan (sesuatu), menyanggah: kerajaan negara-negara Balkan ~ amalan-amalan perdagangan yg tertentu;membantahkan, memperbantahkan berbantah tentang sesuatu, memperdebatkan: apa yg kita perbantahkan, kita lihat sekarang siapa mati dan siapa hidup;terbantahkan dapat dibantah: prinsip yg tidak ~;bantahan 1. sanggahan, sangkalan: kalau tidak ada ~, tentu benar tuduhannya; 2. suka membantah: ~ sekali anak ini;perbantahan pertengkaran, perdebatan: pd suatu malam, terjadilah ~ antara kedua-dua pemuda itu tentang hak milik pusaka;pembantahan perihal membantah(i) atau membantahkan, penyangkalan;pembantah 1. orang yg membantah; 2. suka membantah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ban.tah] | بنته

Definisi : ; berbantah tidak bersetuju antara satu dgn yg lain; bertengkar: Mula-mula mereka bermain-main, kemudian ~, akhir-akhirnya bertumbuk. membantah tidak menyetujui pendapat orang lain; menentang atau melawan perkataan atau pendapat orang: Setelah mendengar nasihat guru, murid-murid tidak ~ lagi. memperbantahkan menjadikan sesuatu sbg bahan utk berbantah; mempertengkarkan: ~ harta pusaka; Usah ~ perkara yg kecil itu. bantahan apa-apa yg dikatakan utk membantah: Kalau tidak ada ~, kita luluskan saja usul ini. perbantahan perbuatan berbantah; pertengkaran; perdebatan. pembantahan perbuatan membantah; penyangkalan. pembantah orang yg (suka) membantah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bantah


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Bantah tajaan, jika zakat tak diurus sempurnaTiadaMilenia Muslim1 February 2006
ACCIN bantah keras syor IFCTiadaMilenia Muslim1 January 2006
PKPIM bantah Bahasa InggerisKhairul Arifin Mohd MunirMinda15 November 2002
Pegawai2 muda bantah, kecham Musa HitamTiadaDewan Masyarakat15 May 1968
Sekali lagi diingatkan kami bantah IFCTiadaMilenia Muslim1 September 2006
7,000 bertempik di luar dewan, bantah tindakan hina IslamTiadaMilenia Muslim1 September 2006

Kembali ke atas