Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.yang.ba.yang] | بايڠ - بايڠ

Definisi : 1. tempat yg tidak kena sinar kerana terlindung oleh sesuatu benda: jangan engkau makan dlm ~; 2. lembaga gelap yg wujud pd suatu latar belakang kerana sesuatu benda menahan sinar: ~ orang; 3. gambar pd cermin (air dll): melihat ~ sendiri di air; 4. rupa yg tidak jelas dlm gelap: ternampak ~ orang datang dlm gelap; 5. ki gambaran dlm fikiran, khayal: sudah ada ~ dlm ingatanku;~ disangka tubuh prb mengharap sesuatu yg belum pasti; ~ sepanjang badan (tubuh) prb sesuatu yg dikerjakan hendaknya berpadanan dgn kekuatan diri; ~ tidak sepanjang badan prb berbuat sesuatu yg melebihi kemampuan; dimabuk ~ prb ingin akan sesuatu yg mustahil; takutkan ~ sendiri prb takut kerana perbuatan buruknya sendiri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.yang.ba.yang] | بايڠ - بايڠ

Definisi : 1 tempat yg tidak mendapat cahaya kerana dilindungi oleh sesuatu benda: Jangan selalu makan dlm ~. 2 bentuk hitam yg terjadi drpd sesuatu benda yg menahan cahaya: Orang yg berdiri dlm gambar ini tingginya 6 kaki dan bayang-bayangnya 12 kaki panjang. 3 gambar sesuatu benda spt yg dpt dilihat dlm cermin, air dsb: Orang tamak selalu rugi, spt anjing dgn ~. 4 lembaga yg kelihatan gelap tetapi tidak berapa jelas: Saya ternampak ~ orang berjalan di lorong yg gelap itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bayang-bayang

Puisi
 

Kain batik merah mirap,
     Palembang anak Raja Bayang;
Nampak adik darah tersirap,
     Badan bak rasa bayang-bayang.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Bayang-bayang sepanjang badan (= tubuh).

Bermaksud :

Berpadanan dengan tenaga; yang lahir serupa dengan yang batin.

 

Lihat selanjutnya...(7)

110

Don't count your chickens before they are hatches

Jangan bertindak atau bersikap seolah-olah ada sesuatu yang dikehendaki itu sudah dimiliki walhal ia belum lagi menjadi kenyataan.

Bayang-bayang disangka tubuh

Just because the big company has promises you the job, it does not mean that you can resign now and start spending money to celebrate the good news. Don't count your chickens before they are hatches. Wait until they give you an appointment letter.

Hanya kerana syarikat besar itu telah menjanjikan awak pekerjaan, tidak bermakna awak boleh berhenti kerja sekarang, dan berbelanja besar untuk meraikan berita baik itu! Usahlah bayang-bayang disangka tubuh. Tunggu sehingga mereka memberi awak surat pelantikan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Bayang-bayang AlifNahmar JamilDewan Sastera1 April 2007
Bayang-bayangGunara, Gilang PramestaHorison1 June 2006
Bayang-bayangJabbar, HamidPerisa1 January 1993
Bayang-bayangWidyasari, HaniHorison (Kakilangit)1 November 2000
Bayang-bayang KelabuAbdullah HussainDewan Sastera1 January 1981
Bayang-bayangNorhaidi Mohd. NordinTunas Cipta1 January 2003
Bayang-bayangRosley IbrahimVariafilem1 October 1980
Bayang-bayang HanyaShamsuddin JaafarDewan Sastra15 October 1973
Bayang-bayang Teduhmu, TerlepasAgusta, LeonDewan Sastra15 July 1974
Bayang-bayang (Buat Muhammad Haji Salleh)Dino S. SDewan Sastra15 September 1975
123456789

Kembali ke atas