Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.lan.ja] | بلنجا

Definisi : 1. wang utk membeli (membayar) sesuatu: kerajaan telah banyak mengeluarkan ~ utk kebajikan masyarakat; 2. wang utk keperluan sehari-hari (utk membeli bahan makanan dll): barang kemasnya dijual utk dijadikan ~; 3. wang yg dibayar sbg upah atau gaji atas khidmat seseorang: ~ bidan; 4. bp = berbelanja membeli barang-barang: ia sedang ~ di pasar; 5. bp = membelanjai; ~ dapur a) = ~ hangus pemberian drpd pengantin laki-laki kpd pengantin perempuan (walinya dll) utk biaya perkahwinan; b) = ~ pasar = wang ~ wang utk membeli bahan makanan hari-hari; ~ hidup wang utk membeli barang keperluan hidup; ~ mati ark gaji yg telah ditentukan; ~ pos wang utk membiayai perbelanjaan mengirimkan sesuatu melalui pos; ~ terakru (Eko) perbelanjaan yg telah berlaku tetapi belum dibayar dan belum direkodkan pd akhir tempoh perakaunan; berbelanja 1. membeli barang-barang (utk keperluan rumah tangga): mereka ~ utk persiapan Hari Raya Puasa; 2. mengeluarkan wang (utk membayar dll): bukannya sedikit kerajaan ~ utk sekolah-sekolah;membelanjai 1. mengeluarkan wang utk orang lain atau diri sendiri, membiayai, menyara: siapa yg ~ adiknya jika ia tiada di sini? 2. = belanja mengeluarkan wang utk orang lain bukan sbg tanggungjawab tetapi hanya utk suka-suka atau utk merapatkan perhubungan (dgn rakan-rakan, adik-beradik, dll): dia ~ kawan-kawannya makan di Kajang ;membelanjakan mengeluarkan wang utk sesuatu keperluan: sedang dibuat rang undang-undang bkn dgn hal ~ wang negara; belanjaan Jw 1. benda-benda yg dibeli (di pasar dll); 2. berbelanja; perbelanjaan perihal berbelanja: kerana banyak membeli buah-buahan dr luar negeri, ~ makin meningkat; segala rang undang-undang dan ~ wang haruslah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Undangan; pembelanja orang yg suka berbelanja (biasanya secara boros). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.lan.ja] | بلنجا

Definisi : 1 wang yg digunakan utk sesuatu tujuan: Perayaan menyambut Hari Kebangsaan itu telah memakan ~ yg besar. 2 = ~ pasar, = wang ~ wang yg digunakan utk keperluan sehari-hari: Saya menggunakan sepuluh ringgit saja utk ~ sehari. berbelanja 1 membeli barang-barang di kedai atau di pasar: Mereka ~ besar utk menyambut Hari Raya Puasa. 2 mengeluarkan wang utk membayar: Kerajaan telah ~ dgn banyaknya utk membina sekolah-sekolah. membelanjai mengeluarkan belanja utk seseorang; membiayai: Sewaktu saya bersekolah dahulu, abang sayalah yg ~ saya. membelanjakan mengeluarkan atau menggunakan wang utk sesuatu tujuan: Dia ~ wangnya utk pendidikan anak-anaknya. perbelanjaan 1 cara atau kaedah mengeluarkan wang; hal berbelanja. 2 apa-apa yg dibelanjakan: ~nya tiap-tiap bulan cuma dua ratus ringgit saja. pembelanjaan perbuatan, hal dsb membelanjai atau membelanjakan. pembelanja orang yg suka berbelanja. belanjawan anggaran pendapatan dan perbelanjaan utk sesuatu jangka waktu (terutama yg dibuat oleh pemerintah). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belanja

Puisi
 

Kuala Jengal pasir melayang,
     Nampak dari Teluk Belanja;
Saya sungguh berasa sayang,
     Di situ tempat hendak bermanja.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Rajin bekerja mudah belanja.

Bermaksud :

Orang yang rajin bekerja tentulah hidupnya senang.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Belanja sekolah masa dahuluPak SakoMastika1 December 1987

Kembali ke atas