Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ben.dung] | بندوڠ

Definisi : permatang utk menahan air (supaya dapat disalurkan ke arah lain), empang;membendung 1. menghalang arus air, mengempang: sungai itu dibendung supaya dapat menghasilkan tenaga elektrik; 2. ki menghalangi, menahan, merintangi: Amerika Syarikat membantu Vietnam Selatan kerana hendak ~ kegiatan komunis; undang-undang sekarang belum lagi berjaya ~ perbuatan jenayah;terbendung terempang, terhalang, tertahan;pembendungan perihal (usaha dsb) membendung, pengempangan; pembendung 1. orang yg membendung; 2. alat utk membendung, pengempang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ben.dung] | بندوڠ

Definisi : , = bendungan pengempang di sungai dsb utk menahan air supaya dpt disalurkan ke tempat lain; empangan. membendung 1 menahan aliran air di sungai dsb; mengempang. 2 ki menahan atau menyekat sesuatu supaya tidak merebak. pembendungan perihal atau perbuatan membendung; penahanan; pengempangan. pembendung 1 orang yg membendung. 2 alat yg digunakan utk membendung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bendung


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Bendung penderaan: jejak AfiqAsiah AhmadDewan Budaya1 October 1994
Belanjawan 1974 bendung harga barang dan edaran wangA. F. YassinDewan Masyarakat1 January 1974
Dasar kewangan ketat bendung inflasiRoslan BianDewan Ekonomi1 September 1994
Akta keganasan rumah tangga 1994: bendung penganiayaan dan penderaanterhadap isteriShukri SolehanDewan Budaya1 May 1996

Kembali ke atas