Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.buat] | بربوات

Definisi : 1. mengerjakan (melakukan) sesuatu: ~ baik (jahat, salah, dll); ia tidak ~ apa-apa; 2. sl = membuat: maka Sultan Mansor Shah memberi titah pd Bendahara Paduka Raja menyuruh ~ istana; maka baginda ~ sebuah negeri terlalu besar; ~ baik berpada-pada, ~ jahat jangan sekali prb berbuat baik hendaknya berhad (jangan berlebih-lebihan), pekerjaan jahat jangan sekali-kali dibuat; ~ kerja spt Mak Jujai prb orang yg selalu meninggalkan pekerjaan terbengkalai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.buat] | بربوات

Definisi : melakukan sesuatu pekerjaan dsb: Dlm keadaan yg begitu mencemaskan, dia tidak dpt ~ apa-apa lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbuat

Puisi
 

Orang Bentan berbuat sawah,
     Sawah terisi pandan berduri;
Abang hitam sangat bertuah,
     Satu pelanduk menyerah diri.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Berbuat kerja seperti Mak Judai.

Bermaksud :

Selalu membengkalaikan pekerjaannya.

 

Lihat selanjutnya...(144)

273

Nobody is infillible

Tiada manusia yang tidak pernah berbuat silap atau salah

Tidak manusia nan tidak gawal

He may be the greatest leader the country has ever had, but nobody is infallible. His drastic policy has recently brought economic turnmoil to the country.

Beliau mungkin pemimpin terhebat di negara itu, tetapi tidak manusia nan tidak gawal. Dasarnya yang keterlaluan telah menjadikan ekonomi negaranya kelam-kabut baru-baru ini.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(25)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Berbuat kebaikan : masyarakat umum akan mencapai harmoniMohd Adid Hj. Abd. RahmanDewan Agama & Falsafah1 May 2003
Winstedt juga berbuat silapBustamam YahyaMastika1 April 1974
'Pecah rumah' untuk berbuat baik?TiadaDewan Siswa1 December 1987
Aku Telah Lama Berbuat DosaR'dah MMutiara Malaysia1 November 1996

Kembali ke atas