Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ce.rai] | برچراي

Definisi : 1. tidak bersatu (bercampur, berkumpul, bersama) lagi, berpisah, berpecah: malam ini kita berkampung, malam esok kita ~; 2. terputus hubungan atau pertalian sbg suami isteri: mereka yg menjalani perkahwinan yg dipaksa-paksa spt itu, ~ juga akhirnya; ~ susu berhenti menetek; ~ tidak bertalak, bernikah tidak berkadi = ~ tidak bertalak, kembali tidak berkadi prb perhu­bungan jenis lelaki perempuan yg tidak sah (spt pelacuran dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ce.rai] | برچراي

Definisi : tidak bercampur atau tidak berhubungan lagi; berpisah: Malam ini kita berkampung, malam esok kita ~. 2 putus perhubungan sbg suami isteri: Ayah dan ibunya sudah lama ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercerai

Puisi
 

Terbang berkasih burung di awan,
     Telur menetas induknya mati;
Bercerai kasih muda bangsawan,
     Bercerai hidup baik mati.


Lihat selanjutnya...(65)
Peribahasa

Benang bercerai-cerai bukannya kain,
     dek rapat tetal tenunan kain,
jarum pun tidak menelusnya.

Bermaksud :

Ketangguhan bersatu padu. tetal = padat; telus = celus.

 

Lihat selanjutnya...(30)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
BerceraiWyse, LoisWanita1 January 1979
Bersatu teguh, bercerai...kahwin lain!Abd Ghafar Md DinPelita Bahasa1 December 1989
Bersatu kita teguh,bercerai kita runtuhSiti Zaleha M.HashimDewan Sastera1 May 1997
Hudaibiyah: isteri sanggup bercerai demi hijrah ke MadinahZamri Hj Zainal AbidinDewan Agama & Falsafah1 August 2003
Kerana Kasihkan Mak, Maka Pak Pun BerceraiAzizi Haji AbdullahDewan Sastra15 December 1976
Hari ini kita berkampung; esok kita bercerai: persoalan khalayak dalamtradisi MelayuSweeney, AminDewan Sastera1 April 1990
Hari ini kita berkampung; esok kita bercerai: persoalan khalayak dalamtradisi MelayuSweeney, AminDewan Sastera1 March 1990

Kembali ke atas