Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.hen.ti] | برهنتي

Definisi : 1. tidak bergerak (berjalan, bekerja, dll) lagi, tidak meneruskan lagi: enjin kereta itu sudah ~; di hujung jalan itu mereka ~; kereta api ini tidak ~ di Segamat; ia sudah ~ bersekolah; 2. berakhir, habis, tamat: hujan sudah ~, kita boleh pulang sekarang; orang kehilangan pun tiada ~ lagi; 3. meletakkan jawatan (pekerjaan dll), tidak menjadi ahli (pelanggan dll) lagi: dia ~ kerana ingin bertanding dlm pilihan raya umum; 4. berehat, melepaskan lelah: jika tuan hamba lelah ~ dahulu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.hen.ti] | برهنتي

Definisi : 1 tidak bergerak atau tidak berjalan lagi (bkn enjin kereta dll); tidak meneruskan lagi: Bas itu ~ di hadapan rumahnya. Anaknya yg tua sudah ~ sekolah. 2 berakhir; habis; tamat: Hujan sudah ~, kita boleh pulang sekarang. 3 meletakkan jawatan atau pekerjaan; tidak menjadi ahli kesatuan dll: Dia ~ kerana dia hendak melanjutkan pelajarannya di luar negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
henti
Kata Terbitan : berhenti, memberhentikan, menghentikan, pemberhentian, perhentian,

Puisi
 

Ulak- ulak perahu Kuraman,
     Pulau Burung tempat berhenti;
Apa penjolok bunga di taman,
     Belum dapat belum berhenti.


Lihat selanjutnya...(36)
Peribahasa

Sudah mengilang membajak pula.

Bermaksud :

Tak berhenti-hentinya bekerja; menderita kesusahan yang tak habis-habis. mengilang = menggilang tebu untuk diambil airnya.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Berhenti Berlari...Naomie A. KarimJelita1 July 2008
Berhenti Di SiniNajmiDewan Sastera1 October 2007
Berhenti BerharapAizam AimanMingguan Wanita28 January 2005
Berhenti dan terhentiLatifah OthmanPelita Bahasa1 April 1997
Berhenti salahkan rakyat - Tun Abdul RahmanTiadaMilenia Muslim1 October 2005
Berhenti BerharapFauziah Mohd IsmailPerempuan1 September 2005
Berhenti Pemeriksaan PolisNawawee MohamadMastika1 November 1975
[Berhenti Disini Sadja, Tuhan]Soemanto, BakdiHorison1 April 1967
Jangan BerhentiNorsafika PamujiTiadaTiada
Sekali BerhentiAbdullah ARAl Islam1 March 1997
123

Kembali ke atas