Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.hu.bung] | برهوبوڠ

Definisi : 1. berangkai, bersam­bung, beruntun (antara satu dgn lain); huruf tulis yg ~ huruf tulis yg bersambung; 2. berkaitan dgn, berkenaan (dgn): ia berusaha menyelesaikan segala urusan yg ~ dgn tanahnya; kebanyakan bantuan mengalir ke arah kegiatan-kegiatan yg ~ dgn agama; 3. oleh sebab, kerana: ~ dgn kurangnya ahli yg datang, maka mesyuarat ditangguhkan; 4. bertukar-tukar (berita, fikiran, dll) dgn berbagai-bagai jalan: sekarang kita dapat ~ dgn saudara-mara di Medan menerusi tele­fon radio; bahasa ialah alat bagi manusia ~ dgn manusia lain; ~ puntung = putus ~ bp (merokok) bersam­bung-sambung (hampir habis rokok yg satu disambung pula dgn rokok lain); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.hu.bung] | برهوبوڠ

Definisi : 1 bercantum dgn yg lain; bersambung; berangkai: Anjung rumah itu ~ dgn rumah ibu. 2 ada kaitannya atau ada sangkut pautnya; berkenaan; perkara-perkara yg ~ dgn pelajaran; Kedua-dua kejadian itu ~ antara satu dgn yg lain. 3 bertemu atau berjumpa: Dia berasa hairan mengapa rakannya tidak mahu ~ dgnnya. 4 bertukar-tukar fikiran dll dgn berbagai-bagai cara: Sekarang kita dpt ~ dgn orang yg jauh melalui telefon. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Berkomunikasi untuk berhubungAbdullah HassanPelita Bahasa1 January 1998
Kepercayaan magis berhubung dengan padiHarun Mat PiahDewan Budaya1 January 1981
Beberapa tjatatan berhubung dengan edjaan Bahasa IndonesiaPrijanaBahasa dan Budaja1 October 1953
Kepercayaan orang Melayu berhubung dengan pertanianZainal Abidin BorhanJurnal Pengajian Melayu1 January 1991

Kembali ke atas