Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (béri) 1. sj tumbuhan (herba dan buah), Fragaria spp.; 2. sj buah yg menyerupai buah Fragaria spp. (spt tomato, limau, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; memberi 1. menyampaikan (sesuatu) kpd seseorang (utk disimpan, digunakan atau utk sesuatu keperluan): kerani itu ~ saya dua helai borang kosong utk diisi; dia ~ adiknya sebuah buku cerita; 2. bp tidak menghalang seseorang melakukan sesuatu, membenarkan, mengizinkan, merelakan: saya tidak diberinya masuk; 3. mengakibatkan, menyebabkan, menjadikan: ~ malu; ~ bercat; 4. menunjukkan, membuka: ~ jalan; 5. = ~ bahagian bp memukul: awas kau, nanti aku beri; 6. kenyal, menganjal: tanah liat yg lembut, ~ dan menganjal; ~ bertenggang memberi kelonggaran (kesempatan) utk berikhtiar; ~ hati a) memanjakan; b) memberanikan hati; ~ hormat (salam, selamat) mengucapkan hormat (salam, selamat); ~ izin mengizinkan; ~ muka memanjakan; ~ telinga sudi mendengar(kan); ~ barang kpd tangan kera prb menyerahkan sesuatu kpd orang yg akan merosakkannya; memberikan 1. menyerahkan sesuatu kpd: ada orang yg sudi ~ sesuap nasi kepadanya; 2. melakukan sesuatu utk (faedah) orang lain: ~ pelajaran; ~ pertolongan; ~ layanan yg istimewa; 3. menyatakan sesuatu kpd orang lain spt yg diperlukan atau dikehendaki: ~ taklimat fatwa; 4. mendatangkan, menghasilkan: makanan yg ~ tenaga; ~ kesan; pemberian 1. = berian sesuatu (benda dll) yg diberikan: ia menolak ~ majikannya; 2. perihal memberikan: ~ hadiah; ~ ampun; ~ bantuan sumbangan kerajaan utk menutup (mencukupi) sebahagian drpd perbelanjaan (jabatan, perbadanan, dll); ~ percuma pemberian dgn tidak meminta bayaran; pemberi 1. orang yg memberi; ~ sewa orang yg pendapatannya terdiri drpd hasil sewa tanah (rumah dll); 2. suka memberi, murah hati; 3. sl pemberian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; memberi 1 menyebabkan seseorang menerima sesuatu: Ia ~ anak-anaknya wang saku. 2 tidak menghalang; membenarkan: Emak tidak ~ saya bermain-main di tepi kolam itu. 3 menyebabkan mendapat atau terkena sesuatu: Kita mesti berkelakuan baik dan jangan sekali-kali ~ malu kpd orang tua kita. 4 memasangkan, melekatkan dsb sesuatu pd: Alat itu diberi bertangkai. memberikan menyerahkan sesuatu kpd: Saya ~ buku itu kpd adik saya. pemberian 1 apa-apa yg diberikan: Ia enggan menerima ~ orang tuanya itu. 2 perbuatan memberikan; penyampaian: Majlis ~ hadiah itu telah dilakukan pd sebelah petang. pemberi orang yg memberikan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : ; memberi mengikut apabila ditarik atau ditekan tetapi berbalik kpd bentuknya yg asal apabila dilepaskan; menganjal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beri

Puisi
 

Pada beri baik jangan,
     Budak bodoh buat teman;
Kalau takut luka di tangan,
     Tak boleh petik bunga di taman.


Lihat selanjutnya...(26)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Beri, beri dan beri-beriRusli Abdul GhaniPelita Bahasa1 October 1990
Buku, oh buku! Aku Cinta kamu beri aku nikmat dan beri aku ilmuBaha ZainDewan Sastera1 December 2006
Beri Peluang Kepada Penulis MudaKamaliehudia NSDewan Sastera1 November 2002
Beri mereka bukuEmmy Hermina Nathasia Abdul LatifPelita Bahasa1 January 2009
Beri Betis Hendak PahaMat LetupDewan Masyarakat1 May 2008
Beri ruang pendukung bahasa Melayu lontar pendapatLC FangDewan Bahasa1 October 2002
Beri peluang penulis bukan MelayuNancyKarya1 December 1997
Beri peluang penulis terpinggirMarhan S. RKarya1 January 1998
Beri peluang penulis lamaHaziq IrfanKarya1 February 1998
Beri remaja peluangHassan AliasDewan Siswa1 March 1995
123

Kembali ke atas