Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.juang] | برجواڠ

Definisi : 1. berlaga antara satu dgn lain (bkn binatang yg besar-besar), berlanggaran, ber­lawan; 2. hendak mencapai atau mengatasi sesuatu dgn jalan beradu tenaga (kekuatan, kuasa, dsb) dgn pihak atau unsur yg menen­tangnya atau boleh memudaratkannya: rakyat Asia dan Afrika sedang ~ mati-matian utk merebut kemerdekaan drpd penjajah; gajah sama gajah ~, pelanduk mati di tengah-tengah prb kalau orang besar-besar berselisih, rakyat juga yg mendapat susah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.juang] | برجواڠ

Definisi : 1 berlaga antara satu dgn yg lain (bkn binatang); berlanggaran; berlawan. 2 beradu tenaga (utk merebut sesuatu, mencapai sesuatu dsb); berperang; berusaha: Mereka ~ mati-matian utk mempertahankan negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
juang
Kata Terbitan : berjuang, memperjuangkan, perjuangan, pejuang,

Puisi
 

Macang nanas lela teruna,
     Gajah berjuang di Kampung Melayu;
Duduk menangis mengenang bunga,
     Bunga yang kembang habis layu.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Gajah berjuang sama gajah,
     pelanduk (= kancil) mati di tengah-tengah.

Bermaksud :

Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah. (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit). (Bandingkan dengan: Dua ekor gajah berjuang, seekor kancil mati tersepit di tengah).

 

Lihat selanjutnya...(6)

31

Better death than dishonour

Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah

Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bunga

We would rather perish in the name of our cause than to live in shame. Better death than dishonour. Thus, we shall never capitulate so long as we have not regained the land!

Kami lebih rela gugur demi perjuangan ini daripada hidup dalam keaiban. Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bunga . Maka, kami tidak akan sekali-kali menyerah kalah selagi tanah air kami tidak dibebaskan!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Berjuang Menebus DosaAbd. Rashid NgahDewan Pelajar1 June 1981
Berjuang Atas Landasan yang BetulHishammuddin Tun HusseinDewan Masyarakat1 December 2008
Berjuang untuk menipuTiadaDewan Siswa1 May 1988
Kehebatan berjuang dengan bahasa [Ulasan buku Ada Dalam Tiada karya Jamdin Buyong]Saira SalimDewan Sastera1 December 2008
Gagal sebelum berjuangSamat BuangDewan Siswa1 April 1995
S. M. Salim Berjuang Untuk Nusa dan NegaraJalal ZamzuriDewan Budaya1 November 2005
Ikrar Presiden UMNO berjuang untuk kemajuan bangsaAninah JanangDewan Masyarakat1 December 2007
Rustam A. Sani berjuang melalui penulisanM. Hifzuddin Ikhsan Di Nek KamalAl Islam1 August 2006
50 tahun UMNO berjuang: untuk siapa mendapat apa, bila, dan bagaimana?Ahmad Fawzi Mohd. BasriDewan Masyarakat1 May 1996
S. Mariam: kami juga berjuangShahrulnizam AzuddinDewan Budaya1 April 2006
12

Kembali ke atas