Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pa.ling] | برڤاليڠ

Definisi : 1. mengubah arah muka ke kiri (ke kanan, ke belakang): ia ~ ke arah pemuda itu; 2. ki beralih atau bertukar (per­hatian, pandangan, dll): tiba masanya kita ~ kpd soal lain; 3. ki berubah atau bertukar pegangan (fikiran, kesetiaan, dll), berbelot, membelot; ~ haluan a) beralih (berubah) haluan; b) ber­ubah (beralih) pandangan dll; ~ sembah sl derhaka, tidak setia (kpd sultan dll); ~ tadah beralih atau bertukar kesetiaan (pegangan dll); roda yg ~, kuda sudah digerindin prb ke­lihatan sahaja senang hidupnya, tetapi yg se­benarnya susah; tegak ~, duduk berkisar prb berubah (berlainan) drpd apa yg telah dikata­kan atau dijanjikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pa.ling] | برڤاليڠ

Definisi : mengubah arah muka ke kiri, ke kanan atau ke belakang; bergerak menghadap ke arah lain: Sambil berjalan itu, ia ~ ke kiri dan ke kanan. ~ haluan a. bertukar haluan. b. berubah fikiran dll. ~ sembah tidak setia kpd sultan. ~ tadah berubah kesetiaan dan menyebelahi musuh; belot. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
paling2
Kata Terbitan : berpaling, memalingkan,

Puisi
 

Cik Esah di pintu maling,
     Buah padi ke Paya Ledang;
Cabut galah perahu berpaling,
     Buah hati tinggal seorang.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Roda yang berpaling,
     kuda sudah digerindin.

Bermaksud :

Lahirnya saja kelihatan senang tetapi yang sebenarnya sangat melarat.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Dasar berpaling ke Timur daripada tinjauan kebahasaanA. SDewan Bahasa1 April 1982
Takut untuk BerpalingUmi BalqisWanita1 April 2007
Tak Mungkin BerpalingSyerinne Aidil AffendiRemaja15 October 1998
Tak Mungkin BerpalingHasreeyati RamliJelita1 June 1996
Ketika Lamannya Aku BerpalingAfifatul UlfahHorison (Kakilangit)1 January 1998
Hati-hati bila berpaling ke timur (diwawancara oleh Jaafar AbdulRahim)Sujak RahimanDewan Masyarakat15 March 1982
Sendja Itu Aku Berpaling KehalamanLubis, RajaniHorison1 May 1969

Kembali ke atas