Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pe.gang] | برڤݢڠ

Definisi : 1. memaut sesuatu dgn tangan, berpaut (pd), berkuat (pd): ia ternampak seorang budak hanyut yg ~ pd sekeping papan; Zaini terhuyung-hayang mencari tempat utk ~; ~ tangan a) berganding tangan; b) bekerjasama, bahu-membahu; 2. berpedo­man atau berpandu kuat (pd): mereka ~ kukuh pd adat dan agama; ~ pd yg benar; ~ pd prinsip-prinsip tertentu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pe.gang] | برڤݢڠ

Definisi : 1 membuat tangan memaut sesuatu; berpaut: Sambil berjalan, ia ~ pd tangan ibunya. 2 tetap mengambil sesuatu sbg pedoman atau petunjuk: Mereka kuat ~ pd agama dan adat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pegang
Kata Terbitan : berpegang, berpegang pada, berpegangan, memegang, pegangan, pemegang,

Puisi
 

Sayang Serani Cina ulaman,
     Sedikit tidak berbuah lagi;
Sudah berjanji berpegang tangan,
     Sedikit tidak berubah hati.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Akar terjumbai tempat siamang berpegang (= bergantung),
     dahan mengajur tempat tupai menegun.

Bermaksud :

Daripada keterangan, orang dapat mengetahui salah atau benarnya perbuatan seseorang. jumbai = rumbai; menegun = berhenti sebentar.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
"Kami berpegang pada prinsip kaizen." Datuk Syed Abdull Hafiz Syed Abu BakarMuhammad Azli ShukriDewan Ekonomi1 December 2007
Harus berpegang kepada Dasar KebudayaanMohd Sahimi ChikDewan Budaya1 August 2006
Rasulullah amat berpegang pada janjiMohd Sukki OthmanMilenia Muslim1 December 2006
Halis Azhan: berpegang kepada prinsipA. Latiff YusoffMastika1 May 1990

Kembali ke atas