Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ta.bur] | برتابور

Definisi : 1. = ~ dgn = bertaburkan disebari (dgn), dihamburi (dgn): bilik tidur pengantin itu ~ dgn bunga rampai; 2. penuh dihiasi (dgn): di dadanya tersemat bintang yg ~ intan berlian; 3. memberikan derma, bersedekah: hendak tuah ~ urai; 4. ki banyak terdapat (kelihatan), berselerak (di merata-rata tem­pat): di langit kelihatan bintang-bintang ~ memancarkan cahaya yg muram; 5. rintik-rintik, borek: ayam ~; 6. bersongket: kain ~; ~-tebar = bertaburan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ta.bur] | برتابور

Definisi : 1 = ~ (dgn) dihamburi dgn: Bilik tidurnya ~ dgn bunga rampai. 2 banyak terdapat atau banyak kelihatan: Langit ~ bintang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tabur
Kata Terbitan : bertabur, bertaburan, menabur, menaburkan, tertabur, taburan, penabur,

Puisi
 

Baik-baik menabur bayam,
     Jangan bertabur ke benih maman;
Baik-baik memelihara ayam,
     Helang berlegar tengah laman.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Nak kaya berdikit-dikit,
     nak ramai bertabur urai.

Bermaksud :

Jimat dan cermat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
P. Ramlee Harimau Seni: jasadnya terkubur, belangnya bertaburTiadaMastika1 July 1973

Kembali ke atas