[ber.ta.han] | برتاهن
Definisi : 1. tidak berganjak (dr tempat atau kedudukannya), tidak undur: mereka ~ hingga musuh berundur kembali; 2. = ~ diri mempertahankan diri (drpd serangan, ancaman): Folley kelihatan melepaskan tumbukan-tumbukan ringan yg tidak memberi kesan manakala Muhammad Ali ~; 3. tidak mahu mengalah, berteguh hati, berkeras hati: penjudi yg sedang malang nasibnya, kalah dlm perjudian, namun dia ~; Makhdum pun terlalu marah mendengar kata Seri Rama itu, lalu pulang, berapa ditahani oleh Bendahara, tiada mahu Makhdum ~; 4. mencukupi (utk beberapa lamanya): kalau kita berhemat, akan ~ juga; 5. sl tersekat, terhambat: barang siapa dapat memanah pohon lontar yg hamba tanam empat puluh itu terus tiada ~ maka hamba berikan Sita Dewi ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ber.ta.han] | برتاهن
Definisi : 1 tidak berganjak dr tempatnya; tidak berundur: Sekarang tentera Parsi ~ di dlm kubunya saja, tidak mahu keluar. 2 = ~ diri menjaga diri drpd serangan musuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)