[ber.ta.pa/] | برتاڤق
Definisi : 1. mempunyai tapak, ada tapaknya: kon yg ~ bulat; 2. berjejak, berpijak, melangkah: seolah-olah kakinya tidak ~; 3. mendapat tempat utk melakukan sesuatu dll: Datuk Bendahara tidak suka Kompeni ~ di negeri kita; 4. bermula (melangkah dsb) drpd sesuatu pangkalan (dasar, asas, dsb), menjadikan sesuatu asas (dasar dsb) utk melakukan sesuatu (kegiatan, usaha, dsb); 5. = bertapakkan mendapatkan sokongan dr: pemerintahan yg ~ kehendak rakyat; 6. Ml teguh dan kuat kedudukannya (kaya, bangsawan, dll): Kamal dan keluarganya itu orang ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ber.ta.pa/] | برتاڤق
Definisi : 1 berpijak; berjejak: Dia mengelakkan tikaman itu dgn pantas seolah-olah kakinya tidak ~ di bumi. 2 ki mendapat tempat utk membuat sesuatu: Mereka tidak suka orang asing ~ di negeri mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)