Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.taut] | برتاءوت

Definisi : 1. menjadi rapat (bkn sesuatu yg renggang, bercerai, luka, dll), berkatup rapat-rapat: kemudian bibir mereka ~ beberapa detik; 2. bercantum, berpaut (pd, dgn): sewaktu tangan mereka ~, Dewi merasakan tangan-nya diramas; 3. tumbuh serta melekat menjadi satu, berlekatan (pd, dgn): corong asap dr rumah-rumah kelihatan berkepul sebumbung atap, dan asapnya yg kelabu ~ dgn kabut pekat di udara; 4. berpusat (pd, pandangan, dll), bertumpu (pd): fikirannya ~ pd soal pelajaran; 5. bertemu (sungai dgn sungai dll): mata mereka ~ lagi, senyum masing-masing me-lebar; 6. berhu­bungan (dgn), bertalian (dgn), berkaitan (dgn): kesihatan badan ~ rapat dgn kebahagiaan hidup (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.taut] | برتاءوت

Definisi : bertemu antara satu dgn yg lain (bkn bibir, luka dll); menjadi rapat (bkn sesuatu yg renggang dll): Biduk lalu kiambang ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
taut
Kata Terbitan : bertaut, menautkan, mempertautkan, pertautan,

Puisi
 

Pokok keladi di tepi paya,
     Bunga teratai kembang bertaut;
Kalau berbudi pada yang kaya,
     Sama mencurah garam ke laut.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Seperti kiambang dilempar.

Bermaksud :

Bercerai sebentar, lalu berkumpul kembali. (Bandingkan dengan: Biduk lalu kiambang bertaut).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Bertaut KasihAbu Hassan MoradAnis1 August 1997
Bertaut Ke Ruang MakrifatS. M. SalimAl Islam1 December 1996
Kasih BertautShanimDewan Siswa1 February 2009
Kiambang Bertaut di Ufuk JinggaHareeyati Hj RamliRemaja15 May 1996
Kiambang BertautRaja Masittah Raja AriffinPelita Bahasa1 May 2004
Kasih Bertaut Keranamu AnakkuPuteri AndalasSeri Dewi dan Keluarga1 July 2001
Kiambang BertautRubaidin SiwarDewan Siswa1 September 1979
Bila Kiambang Bertaut SemulaZahari AffandiURTV15 August 1977
Kiambang Kembali BertautRuzaini YahyaDewan Siswa1 July 1996
Kiambang Kembali BertautPuteri AndalasSeri Dewi dan Keluarga1 August 2002
12

Kembali ke atas