[ber.tim.bun] | برتيمبون
Definisi : 1. = bertimbun-timbun bersusun bertindih-tindih (menjadi timbun), berlonggok-longgok (bertompok-tompok), beberapa timbun: ~ sabut di bawah rumahnya; 2. ki banyak: bukunya yg bertimbun-timbun itu tidak akan habis dapat dibacanya; 3. = tertimbun tertimbus, terkambus; mati ~ tanah mati tertimbus tanah; 4. sl berkumpul (rakyat), berhimpun (beramai-ramai): maka ~lah Pancagah dgn segala kakanda dan segala anak hulubalang dan segala muda belia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ber.tim.bun] | برتيمبون
Definisi : 1 bersusun bertindih-tindih (merupakan timbun); berlonggok: Kayu api ~ di bawah rumah. 2 ki banyak: Kerjanya yg ~ itu tidak mungkin dpt disiapkannya dlm masa seminggu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)