Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ru/] | بروق

Definisi : sj kera besar (dapat diajar memanjat kelapa dan memetik buahnya), Macaca nemestrina; ~ ekor singa, Macaca silenus; ~ Jepun, Macaca fuscata; ~ kentui, Macaca artoides; ~ hantar hasil = serah ~ beguk, degum; bagai ~ kena ipuh prb menggeliat-geliat kerana kesakitan; berhakim kpd ~ prb meminta hukum kpd orang yg tamak; bertukar ~ dgn cigak prb menukar yg lama dgn yg baru padahal sama juga buruknya; mabuk kerana ~ berayun prb asyik memerhatikan sesuatu yg tidak berguna dgn menghabiskan masa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru/] | بروق

Definisi : nama sj binatang spt kera yg dpt diajar memanjat kelapa dsb, Macacus memetrinus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beruk

Puisi
 

Anak beruk sebesar lengan,
     Dibungkus dengan sekarung kain;
Sungguh buruk hati berkenaan,
     Tidak saya mencari lain.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Bertukar beruk dengan cigak,
     mengimbuh dengan kera.

Bermaksud :

Yang lama sama dengan yang baru. cigak = kera; imbuh = tambahan.

 

Lihat selanjutnya...(27)

142

You'll be damned if you do and damned if you don't

Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah.

Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa

The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried

Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran.Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Beruk RhesusZainal Abidin TahirDewan Pelajar1 October 1973
Beruk Putih Teman Setia: Kahwin dengan Anak RajaZubima F. AMastika1 August 1991
Beruk Putih Teman SetiaZubima F. AMastika1 July 1991
BerukAzizi Hj. AbdullahDewan Bahasa1 December 1970
Digigit BerukAjikikDewan Pelajar1 April 1982
Maharaja BerukYahaya IsmailDewan Sastera1 June 1988
Anak Raja BerukTiadaDewan Pelajar1 March 1982
Pisang untuk Beruk MerekaTie CamarPelita Bahasa1 April 2008
Pulang Seekor BerukSahul HamidDewan Sastera15 June 1984
Genetik Darwin Melahirkan BerukMasri H.IHorison1 April 2006
12

Kembali ke atas