Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ru.lang]/[ber.u.lang] | براولڠ

Definisi : 1. kembali (ke), pulang (ke): kami selalu juga ~ ke mari kerana ayahanda bonda ada lagi; 2. dilakukan dll sekali lagi, berlaku (terjadi) lagi: kita tidak mahu tuduhan itu ~ lagi; ~ kali kerap kali, berkali-kali; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru.lang]/[ber.u.lang] | براولڠ

Definisi : 1 berlaku lagi: Peristiwa itu tidak akan ~. 2 kembali ke; pulang ke: Ia selalu ~ ke rumah emaknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ulang (kata kerja)
Bersinonim dengan sekali lagi, lagi sekali, melakukan kembali;,
Kata Terbitan : berulang, berulang-ulang, mengulang, ulangan, ulang alik, berulang alik,

Puisi
 

Pergi sekolah berulang-ulang,
     Budak-budak belajar memanah;
Lain biduk lain digalang,
     Lain yang bengkak lain yang menanah.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Anjing itu,
     meskipun dirantai dengan rantai emas,
nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis.

Bermaksud :

Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih, b. Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya, c. Habis air setelaga, arang dibasuh tak putih).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Berulang Kembali Mimpi NgeriNazleendaTunas Cipta1 June 2003
Sejarah Berulang Lagi!AjikikDewan Pelajar1 January 1982
Dukamu Berulang KembaliM. AshikinDewan Masyarakat1 March 2009
Jemu Berulang LagiA. Rahim AbdullahDewan Siswa1 July 1983
Sejarah BerulangL. BaharumMesra1 September 1971
Jangan Berulang LagiRamadhan A. MFamili15 November 1986
Isnin hitam berulang lagiZulkifli SallehDewan Ekonomi1 November 2008
Dukamu Gaza Berulang KembaliM. AshikinDewan Sastera1 September 2006
"Putaran ganas" berulang lagiRusmin FadzilDewan Ekonomi1 June 1998
Epik Yang BerulangAmir MukhrizTunas Cipta1 August 2005
12

Kembali ke atas