Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ta.pa] | بتاڤ

Definisi : 1. peri, alangkah: sekarang dia menyedari ~ mustahaknya papan tanda tersebut; ~ senangnya hati anak negeri; 2. sesuai dgn, seperti: maka nenek kebayan pun bersiaplah ~ adat kahwin anak raja besar-besar; 3. bagaimana, dgn cara apa: ~ halnya kita hendak membawa dia ke rumah sakit sedangkan kita tidak mempunyai kenderaan; 4. meskipun: ~ dicarinya, tidak juga ditemukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ta.pa] | بتاڤ

Definisi : 1 bagaimana; dgn cara apa: ~ halnya kita hendak membawa dia ke rumah sakit sedangkan kita tidak mempunyai kenderaan? 2 sebagaimana; spt yg sepatutnya: Mereka telah dikahwinkan ~ adat orang-orang dahulukala. 3 alangkah; bukan main: ~ girangnya hatiku mendapat seorang anak, tidak dpt kuceritakan. 4 walau bagaimanapun; meskipun: ~ dicarinya, tidak juga ditemukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata betapa

Puisi
 

Tebas ladang tanamkan kobis,
     Tanam sirih buatkan para;
Betapa tenang hati terhiris,
     Murung sedih terimbas juga.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Titik ditampung,
     meresap dipalit.

Bermaksud :

Pemberian orang atau penghasilan biar betapa sedikit sekalipun akan diterima juga.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Betapa Jauh, Betapa DekatSingh, BalwantDewan Sastera1 June 1992
Betapa Cintanya AkuPena MutiaraURTV15 December 2008
Betapa Hebatnya Cinta...Mas OsmanBAHANA1 October 2008
Betapa Berat Mana Memandang...Mat LetupDewan Masyarakat1 July 2008
Betapa BanyakWadi Leta S. A.Dewan Sastera1 November 2007
Betapa Terkutuknya!S. M. ZakirDewan Budaya1 September 2006
Betapa kita ini "pemusnah" sebenarnya...AgaDewan Budaya1 May 2006
Betapa Ibu Si Melur dan Si PekanDaeng RamliakilWanita1 July 2000
BetapaApandi Haji AliBahana1 July 2004
"Betapa berat mata memandang..." [diwawancara oleh sidang editorBahagian Majalah]Nik Safiah KarimPelita Bahasa1 May 1990
123

Kembali ke atas