Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bim.bang] | بيمبڠ

Definisi : berasa gelisah atau tidak sedap hati kerana memikirkan sesuatu atau takut sesuatu yg tidak diingini berlaku, khuatir, risau: perasaan ~nya itu akhirnya bertukar menjadi perasaan takut pula; seluruh keluarganya ~ apabila dia tidak pulang-pulang; tak usah ~, gula di dlm mulut, bila hendak telan, telan prb apa yg dikhuatirkan lagi, benda itu sudah dlm milik kita; berbimbang; ~ hati berasa bimbang (khuatir, risau); membimbangkan menimbulkan rasa bimbang (khuatir, risau), mengkhuatirkan, merisaukan: ugutan perempuan itu ~ hatinya; pandangannya itu ~ Hilmi;kebimbangan perihal bimbang (khuatir, risau), kekhuatiran, kerisauan: setelah kejadian itu, dia tetap dlm ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bim.bang] | بيمبڠ

Definisi : 1 (berasa) tidak tetap hati atau ragu-ragu: Dia masih ~ ttg kejujuran orang muda itu. 2 (berasa) gelisah atau tidak sedap hati kerana memikirkan sesuatu; (berasa) takut akan berlakunya sesuatu: Oleh sebab Muhammad masih juga ~ ttg wahyu yg diterimanya, maka Khadijah memujuknya. berbimbang berasa bimbang. membimbangkan menyebabkan menjadi bimbang; mengkhuatirkan: Kelakuan anaknya itu sungguh-sungguh ~ hatinya. kebimbangan keadaan atau rasa bimbang; keraguan; kecemasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bimbang

Puisi
 

Apa bunyi berderang-derang,
     Itulah bunyi kulit kerang;
Ingat bimbang zaman sekarang,
     Sedikit yang betul banyak yang kurang.


Lihat selanjutnya...(26)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Bimbang menanti perubahan alam [Surat pembaca]Shazana MansorDewan Kosmik1 April 2007
Bimbang Di HatiJasnilaraVARIAFILEM1 January 1901
BimbangWan Norhayati Wan MuhammadAl Islam1 February 1995
Bimbang, ragu dan hampa di sebalik kedegilanAbdul Rahman RukainiDewan Siswa1 August 1979
BimbangHasnah MohamadDewan Siswa1 November 1979
AS bimbang kebangkitan IranMohamad Faisol KelingDewan Ekonomi1 January 2007
Gelisah,bimbang,rusuh hati,dan tidak sabarLatifah OthmanPelita Bahasa1 June 1992
Graduan bimbang pengangguran meningkatZairul AzamDewan Ekonomi1 June 1998
Yahudi BimbangAbdul Rahman RukainiDewan Siswa1 October 1981
Kalau bimbang dan ragu...Adibah AminDewan Siswa1 February 1985
123

Kembali ke atas