Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.bur] | بوبور

Definisi : sj makanan (drpd beras, jagung, kacang hijau, dll) yg lunak dan berair; ~ Asyura bubur drpd campuran berbagai-bagai bahan yg dibuat pd hari Asyura, iaitu hari yg ke-10 dlm bulan Muharam; ~ ayam bubur nasi yg mengandungi daging ayam; ~ kacang hijau bubur drpd campuran kacang hijau, gula, dll; ~ kanji (ayam) bubur nasi (ayam) yg dibubuhi bawang dan rempah-rempah lain; ~ lambuk sj bubur nasi yg dicampurkan dgn sayur-sayuran, isi ikan, dll; ~ sumsum bubur drpd tepung beras; kurang-kurang ~, lebih-lebih sudu prb a) perkara kecil yg dibesar-besarkan orang; b) sedikit pengetahuan tetapi cakap besar; nasi sudah menjadi ~ prb sesuatu (perbuatan dll) yg sudah terlanjur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.bur] | بوبور

Definisi : makanan drpd kacang hijau dll yg dibuat lembik serta berkuah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bubur

Puisi
 

Tumbuk tepung jangan dicuci,
     Buat bubur dalam belanga;
Tutup pintu jangan kunci,
     Abang nak masuk tidur sama.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kurang-kurang bubur,
     lebih-lebih sudu (= sudu yang lebih).

Bermaksud :

Perkara kecil menjadi besar kerana banyak dipercakapkan orang; pengetahuan sedikit tetapi terlalu besar cakapnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Bubur Sup BolaSiti Aminah MatDewan Sastera1 July 2007
Antara bubur Tsunami dengan kemusnahan di AcehAwang Azman Awang PawiDewan Masyarakat1 May 2005
Jangan buat bubur asyuraMohd. Amin AbdullahDewan Siswa1 January 1991
Nasi Menjadi BuburSaleha AhmadDewan Agama & Falsafah1 April 2004
Setelah Nasi Jadi BuburNawawee MohammadDewan Sastera1 December 2006
Jangan nasi menjadi bubur... (nota editor)Abd Ghapar AbdullahDewan Budaya1 June 2008
Nasi Sudah Menjadi BuburMaulana SyamsuriPerempuan1 April 1997
Puisi Kanji atau Bubur Nasi!Badaruddin M. ZDewan Sastera1 June 1991

Kembali ke atas