Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.jang] | بوجڠ

Definisi : 1. tidak beristeri, tidak (belum) bersuami: sahabat-sahabat lelaki yg masih ~ lagi menghadiahkan sebuah puan kepadanya; 2. orang (laki-laki atau perempuan) yg sudah dewasa (sudah boleh berkahwin): di mana ~ yg tadi itu; 3. janda (perempuan); ~ bercerai janda yg diceraikan suaminya; ~ jalang perempuan jalang; ~ talang janda yg tidak mempunyai anak; 4. pelayan, pembantu rumah, jongos: lampu minyak tanah sudah lama dipasang oleh ~nya; 5. ki tidak berkawan, bersendirian; katil ~ katil utk satu orang; kopi (air) ~ kopi (air) sahaja (tidak bersama kuih dll); 6. bk kemaluan laki-laki; ~ dan khunsa jenis pokok yg bunga jantan dan bunga khunsanya terdapat pd pokok yg berlainan; ~ sabilillah sl tentera dlm perang suci; ~ serta khunsa jenis pokok yg bunga jantan dan bunga khunsanya terdapat pd pokok yg sama; bak ~ jolong berkeris (bersubang) prb orang yg sombong kerana kekayaan (kebahagiaan) yg baru diperoleh; bak ~ setahun sudah betetak, bak gadis setahun sudah memanjangkan gombak prb orang yg menjadi sombong kerana mendapat kekayaan (kemuliaan); membujang 1. hidup dgn tidak (belum) berkahwin: hidup ~ takkan semuanya lengkap; 2. bekerja sbg bujang (pembantu rumah): ia ~ kpd orang kaya; 3. Kl bersetubuh dgn pelacur; pembujangan perihal membujang, hidup membujang: dlm Islam, tidak digalakkan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.jang] | بوجڠ

Definisi : ; pebujangan, pembujangan, perbujangan; balai perbujangan sj balai di istana; jong ~ sj jong kerajaan; pedang perbujangan sj pedang kerajaan Perak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.jang] | بوجڠ

Definisi : ; ~ semalam sj tumbuhan (herba), rumput tahi babi, Tarenna fragrans. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.jang] | بوجڠ

Definisi : 1 belum berkahwin lagi, baik lelaki mahupun perempuan: Bapa saudaranya itu masih ~ walaupun sudah berumur tiga puluh lima tahun. 2 anak lelaki atau perempuan yg sudah dewasa atau yg sudah boleh berkahwin: Siapa namanya ~ yg membawa kopi itu? 3 orang lelaki yg bekerja di rumah orang; jongos: Tempat tidurnya sudah dikemaskan oleh ~nya. 4 tidak berpasangan atau tidak berkawan; tunggal: katil ~ katil yg muat hanya seorang saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bujang

Puisi
 

Kalau nak hujan hujanlah hari,
     Boleh saya menutup petak;
Kalau nak bujang bujang sekali,
     Boleh saya nak masuk mintak.


Lihat selanjutnya...(35)
Peribahasa

Seperti gadis jolong bersubang,
     bujang jolong berkeris.

Bermaksud :

Sangat sombong kerana kekayaan (kemuliaan) yang baru diperolehnya.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Bujang Senang... filem lawak 2006Azran Hussin dan Intan RohaizatMedia Hiburan8 April 2006
Bujang Lapuk: filem komedi klasikBaharudin LatifDewan Budaya1 June 1983
Bujang BeranganMohd. Ashraf TuminKarya1 June 1998
Bujang tuaSalleh IdrisFashion1 May 1959
BujangM. SabhaFashion1 December 1959
BujangPuzi HadiDewan Sastra15 July 1974
Bujang RanggiBaharuddin C. DDewan Sastera15 February 1980
Bujang CintanSara QudrieFantasi1 March 1991
Bujang dan IbuMokhtar DaudDewan Bahasa1 January 1970
Bujang Senang... filem komedi terbaik Prof A. RazakAzran HussinMedia Hiburan1 October 2005
1234567

Kembali ke atas