Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sangat menarik apabila dipandang (bkn orang perempuan, rupa muka, bangunan, benda, pemandangan, dll), sangat elok (bagus, molek): gadis yg ~; barang-barang perhiasan yg ~; bagaimanapun ~nya satu-satu rancangan, tidak akan berjaya jika tidak diturut kehendak rancangan itu dgn ikhlasnya; bercantik-cantik menghias muka supaya cantik, bersolek; mencantikkan menjadikan cantik; mempercantik menjadikan makin cantik; kecantikan perihal cantik, keelokan (rupa muka, benda, dll), kemolekan, keindahan; pencantik yg menjadikan (kelihatan) can­tik, yg mencantikkan: cairan ~ yg luar biasa ini tersedia di toko-toko farmasi dan gerai-gerai solek. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Mn biang, gasang, gatal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : dpt menimbulkan kesenangan atau kegembiraan kpd perasaan apabila dipandang; menarik atau manis (ttg rupa dsb); indah: Orangnya ~ serta berbudi bahasa pula. mencantikkan menjadi­kan cantik; mengindahkan. mempercantik menjadikan lebih cantik; memperindah. kecantikan hal atau keadaan cantik; keelokan; keindahan: ~ istana itu telah menjadi perhatian para pelancong. pencantikan perbuatan atau hal mencantikkan. pencantik sesuatu yg mencantikkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cantik

Puisi
 

Banyak itik anak itik,
     Turun ke sawah makan padi;
Tengok cantik dipandang cantik,
     Tambah pula berhati budi.


Lihat selanjutnya...(78)
Peribahasa

Seperti si buta berbini cantik,
     si kudung beroleh cincin,
si bisu bercakap dan si tuli mendengar.

Bermaksud :

Beroleh keuntungan tetapi tidak dapat merasainya.

 

Lihat selanjutnya...(25)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Dua buah puisi-Cantik Semuanya CantikGhazali NgahDewan Pelajar1 February 1979
Cantik dan cerdasAriadinata, JoniHorison1 July 2007
CantikMohamad Nordin Hj. AbdullahWanita1 August 2006
Cantik Seorang WanitaNormah DirakTunas Cipta1 March 2004
Cantik tetapi bahayaZaharudin A. RahmanDewan Masyarakat1 March 1988
Cantik Seorang Wanita ituSy. Hasnat ArrazyWanita1 July 2001
Cantik itu kata, indah itu bahasaNor Hazizan TalibDewan Bahasa1 February 2003
Cantik selepas menderitaNoor Izzati AhmadDewan Masyarakat1 January 2001
CantikChe Zainul AbindinPesta20 April 1994
Cantik tetapi berbahayaTiadaDewan Siswa1 April 1991
123456

Kembali ke atas