Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.tat] | چاتت

Definisi : ; mencatat 1. menulis atau merakamkan sesuatu (dlm buku dll) utk peringatan (per­hatian pd masa hadapan dll): seorang setiausaha harus dilantik utk ~ minit mesyuarat itu; cara-cara utk ~ pengeluaran wang; 2. membuat, merintis, memelopori: hari ini, hari yg paling gembira kerana kita telah ~ sejarah baru; 3. mencapai, memperoleh, mendapat (kemenangan, kejohanan, hasil, dll): ia telah ~ kemenangan dlm pertandingan itu; mencatatkan 1. menuliskan atau merakam­kan sesuatu (dlm buku, fail, dll) utk peringatan (tatapan pd masa hadapan dll): Raja Haji Yahaya telah ~ cerita rakyat Melayu; tuan rumah itu ~ nama-nama orang yg berderma; 2. mendaftarkan (diri, nama); 3. me­nuliskan (merakamkan) utk: tolong catatkan saya nama ahli-ahli yg hadir; tercatat sudah dicatat (tertulis, termaktub): orang Yahudi sedia mengetahui dari hal itu sebagaimana yg ~ dlm kitab mereka; catatan yg telah dicatat, peringatan; ~ bawah = ~ kaki keterangan pd bahagian bawah muka surat, nota kaki; ~ harga kete­rangan bkn harga barang; ~ jiwa daftar bilang­an penduduk (banci); ~ rapat Id laporan ringkas bkn apa-apa yg dibicarakan dlm mesyua­rat; pencatatan perihal (perbuatan dsb) men­catat(kan); pencatat 1. orang yg membuat catatan; 2. alat yg digunakan utk mencatat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.tat] | چاتت

Definisi : ; mencatat 1 menulis dlm buku dsb utk peringatan: Ia telah diminta ~ nama-nama pekerja yg datang lewat. 2 mencapai atau memperoleh (kemenang­an, kejayaan dsb dlm sesuatu): Ia telah ~ kemenangan dlm pertandingan itu. tercatat telah ditulis (utk peringatan dll): Hal itu ~ dlm lembaran sejarah tanah air. catatan apa-apa yg sudah dicatat; peringatan: Menurut ~ kerajaan, lebih kurang 423, 260 orang Hindu telah terkorban dlm peperangan di sempadan India. ~ bergu ist kaedah mencatat sesuatu butiran urus niaga sbg debit dlm satu akaun dan sbg kredit dlm akaun yg lain. pencatat 1 orang yg membuat catatan. 2 alat yg digunakan utk mencatat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata catat


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Azizulhasni Catat SejarahTiadaDewan Masyarakat1 January 2009
Selangor Catat Kes Dera TertinggiMd. Shukuri HamzahDewan Masyarakat1 February 2008
Perbakan negara catat keuntungan RM17 bilionJunaidah Ahmad Ghazali dan Muhamad Rafiq Abdul RahmanDewan Ekonomi1 July 2008
RTM Sabah Catat SejarahTiadaDewan Masyarakat1 March 2009
Proton Savvy Catat Sejarah di ThailandTiadaDewan Masyarakat1 February 2009
MAHA 2008 Catat SejarahTiadaDewan Masyarakat1 January 2009
Azali Azlan Catat Rekod Baharu SPMTiadaDewan Masyarakat1 April 2008
Industri kaca catat jualan tinggiTiadaDewan Ekonomi1 January 1998
Sektor perladangan Malaysia catat sejarahRohana MustaffaDewan Masyarakat1 February 2007
Mydin K.T. catat jualan tertinggiJunaidah Ahmad Ghazali dan Muhamad Rafiq Abdul RahmanDewan Ekonomi1 February 2008
12

Kembali ke atas