Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.tur] | چاتور

Definisi : sj permainan utk dua orang, setiap orang menggerakkan 16 buah caturnya mengikut per­aturan tertentu di atas papan catur; buah ~ buah dlm permainan catur; papan ~ papan berpetak-petak (64 petak) yg dipakai dlm permainan catur; bercatur 1. bermain catur: leka ia ~ juga dgn Si Kembang Cina; 2. bercorak spt petak-­petak papan catur: kain ~; mencatur ki menjadikan politik (ekonomi dll) sbg permainan: kini kita dicatur oleh institusi politik dan negara bangsa yg berbentuk moden; mempercaturkan ki memperlakukan siasah(ekonomi dll) spt catur: yg dipercaturkan ialah orang Melayu Sri Lanka yg sedang mengalami kepupusan identiti; caturan sulam yg berpetak-petak; percaturan 1. tempat bermain catur: 2. peri­hal bercatur (permainan catur); 3. ki permainan (siasah) politik: Pakistan memainkan peranan baru dlm ~ politik di Asia; pencatur 1. orang yg bermain catur: Kejohanan Olimpiad adalah medan pertama bagi ramai ~ remaja utk mencipta nama; 2. ki orang atau pihak yg mencatur atau mempercaturkan: beliau menjadi ~ orde keamanan dunia mengikut cita rasa serta kepentingan bangsanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.tur] | چاتور

Definisi : (Sanskrit) empat (digunakan dlm kata­kata majmuk): ~ tunggal; ~ wangsa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.tur] | چاتور

Definisi : permainan yg dimainkan oleh dua orang dgn menggunakan 32 buah atau orang-orangan dan papan yg berpetak-petak: buah ~ buah atau orang-orangan dlm permainan catur; papan ~ papan yg berpetak-petak (64 petak) yg digunakan sbg tempat meletakkan buah catur ketika bermain catur. pencatur orang yg bermain catur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata catur


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
CaturWan Harlianie Wan OmarDewan Sastera1 November 2007
Catur MelayuNorashid Mohd YasinDewan Masyarakat1 June 1988
CaturTiadaDewan Siswa1 April 1993
Catur ajaibN. Z. AbidinDewan Siswa1 August 1990
Bermain CaturAmdun HussainDewan Pelajar1 December 1973
Bermain CaturAmdun HussainDewan Pelajar1 November 1973
Bermain CaturAmdun HusinDewan Pelajar1 October 1973
Bermain CaturAmdun HusinDewan Pelajar1 September 1973
Bermain CaturAmdun HusinDewan Pelajar1 August 1973
Bermain CaturAmdun HusinDewan Pelajar1 July 1973
12

Kembali ke atas