Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.lah] | چله

Definisi : 1. tempat yg terluang (sela, renggang) di antara dua benda; ~ dinding tempat yg terbuka di antara dua papan pd dinding (sela-sela dinding); ~ jari ruang di antara jari (sela­sela jari); 2. sampuk, perkataan (cakap) yg menyelang atau memenggal (perkataan orang): “Jemputlah minum,” ~ isterinya; 3. masa terluang (antara dua pekerjaan dll): tak ada ~ hendak pergi ke rumahmu; 4. ruang yg terluang: sesungguhnya dunia Islam, di ~ kelemahannya akan menjadi dunia sekular; ~ daun sudut atas di antara daun dan dahan (ranting) tempat tumbuhnya atau di antara dahan dan batang pokok; ~ suara Id lubang dlm halkum yg menerbitkan suara; ditaruh di ~ gigi pun tak cukup ki sangat sedikit (bkn makanan dll); mencelah 1. masuk di celah (orang dll), berada di celah-celah: perempuan itu ~ di antara kedua-dua anaknya yg sedang berkelahi itu; 2. memotong cakap orang, me­nyampuk: belum sempat saya menghabiskan perkataan saya, dia pun ~; saya tidak mahu ~ kata-katanya; 3. mulai masak dgn per­ubahan warna sedikit-sedikit tetapi belum merata (bkn buah-buahan spt rambutan, langsat dan duku); mencelah-celah masuk melalui celah-celah (orang ramai dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.lah] | چله

Definisi : 1 bahagian yg terluang (renggang) di antara dua benda; sela: ~ jari. 2 masa yg terluang (antara dua waktu): Tidak ada ~ hendak pergi ke rumahmu. mence­lah 1 masuk di celah-celah; berada di celah: Buah langsat kuning ~. 2 memotong percakapan orang; menyampuk: Belum sempat saya menghabiskan percakap­an saya, pemuda itu terus ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata celah

Puisi
 

Sirih kuning celah lantai,
     Ayam putih berkokok lalu;
Adik kuning panjang lampai,
     Adik putih abang gemalu.


Lihat selanjutnya...(20)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Di Celah-celah Kenangan SemalamJuliana MohamedTunas Cipta1 November 2006
Di celah-celah Cinta Lepidoptera (Bhg. 1)Saroja Theavy BalakrishnanDewan Kosmik17 February 2001
Di Celah-celah PuisiYazid ZainalabidinMastika1 March 1990
Di Celah Tanah TerbukaS. PanitDewan Sastera1 July 2003
Di Celah Jalur Sinar ItuNaapie MatDewan Sastera1 March 1986
Belada di Celah PembangunanShawal RajabDewan Sastera1 August 2001
Balada Di Celah PembangunanShawal RajabHorison (Lembaran Mastera)1 August 2001
Matahari di Celah Daun: perang ini harus dimenangi (Siri Lima Belas)S.M. ZakirMilenia Muslim1 October 2005
Matahari di Celah Daun: perang ini harus dimenangi (Siri Tiga Belas)S.M. ZakirMilenia Muslim1 August 2005
Matahari di Celah Daun: kemenangan menutup semua dosa (Siri Dua Belas)S.M. ZakirMilenia Muslim1 July 2005
1234

Kembali ke atas