Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.li/] | چليق

Definisi : 1. (bkn mata) terbuka: semalaman itu matanya ~ sahaja, sedikitpun tidak mahu lelap; 2. = ~ mata sedar (insaf) atau timbul kesedaran (keinsafan): baru ~ mata orang Melaka; 3. boleh melihat, tidak buta; 4. ki (bkn matahari) terbit atau keluar: dr ~ matahari hinggalah ke malam; 5. kenal akan yg benar (betul): akal yg ~; hati yg ~; ~ budaya dapat memahami dan menghayati hakikat budaya: peningkatan pengetahuan menimbulkan kesedaran ke arah ~ budaya di kalangan masyarakat Amerika; ~ komputer pandai atau tahu menggunakan kom­puter; mencelikkan 1. = ~ mata membuka mata; 2. ki menyedarkan, menginsafkan: sudah tiba masanya orang-orang kampung itu dicelikkan; tercelik sl dapat dilihat, kelihatan, tampak: sekali digosoknya, tiga empat panau ~; kecelikan perihal atau keadaaan dapat menyedari, mengetahui atau memahami sesuatu perkara, suasana dsb: rancangan ini mampu mempertingkatkan tahap ~ seni di kalangan masyarakat umum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.li/] | چليق

Definisi : sj ikan laut, Megalaspis cordyla; ~ mata sj ikan laut, Pomadasys maculatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.li/] | چليق

Definisi : 1 terbuka (ttg mata): Ia tidak dpt tidur, matanya ~ sepanjang malam. 2 dpt melihat; tidak buta. 3 terbit atau keluar (ttg matahari). 4 ki sedar: Sejak peristiwa itu, barulah ia ~ ttg nasib bangsanya. ~ budaya dpt memahami dan menghayati budaya (sesuatu bangsa dsb). ~ huruf dpt membaca dan menulis. mencelikkan 1 membuka (mata); menjadikan celik. 2 ki menyedarkan: Kejayaan beliau itu telah ~ orang-orang kampungnya ttg betapa pentingnya anak-anak diberi pelajaran tinggi. kecelikan keadaan menyedari, menge­tahui atau memahami sesuatu perkara, suasana dsb: Rancangan ini dpt meningkat­­kan ~ seni di kalangan masya­rakat umum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata celik

Peribahasa

Bungkuk (bongkok) baru betul.

Bermaksud :

Angkuh dan sombong kerana beroleh kekayaan atau pangkat. (Peribahasa lain yang sama makna: Buta baru celik [= melihat]).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Celik komputer perlu inisiatif sendiriLiza ZahirahDewan Ekonomi1 October 1997
CelikMahaya Mohd. YassinDewan Sastera1 February 1998
Celik huruf tinggi tetapi minat membaca rendahAdam ArisDewan Masyarakat1 September 1998
Kita Anak Celik WarnaSharif PuteraDewan Sastera1 April 2008
Patriotisme dan celik budayaA. Aziz DeramanDewan Budaya1 August 2006
Fasih Inggeris, Celik Sains?Androd SnPelita Bahasa1 July 2001
Melahirkan generasi celik komputerNik Lily Suhanis Nik Mohd. AzminDewan Siswa1 July 1995
Buta Dalam CelikPeter Kong Sin WonDewan Siswa1 June 1996
Pengajaran bahasa dan celik budayaAsiah IdrisPelita Bahasa1 August 1989
Yang buta, yang celikZaenDewan Sastera1 September 1996
12

Kembali ke atas