Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.ria] | چريا

Definisi : 1. bersih dan cantik (indah) (ruang atau kawasan tertentu): ruang pejabat kelihatan ~ setelah dihiasi dgn pokok bunga; 2. riang, gembira (perwatakan): dia begitu ~ hari ini setelah lulus dgn cemerlang dlm peperiksaan tersebut; 3. menarik (pakaian dll): pakaian yg dipakainya kelihatan ~ sesuai dgn tubuh badannya yg langsing; 4. sl tidak bernoda, suci, murni; menceriakan 1. menjadikan sesuatu (ruang atau kawasan tertentu) ceria, membersihkan dan mencantikkan (mengindahkan): para pelajar diarah ~ bilik darjah semasa kempen kebersihan berlangsung; 2. menyebabkan seseorang kelihatan ceria, meriangkan, meng­gembirakan: kelahiran anak sulungnya ~ kehidupan pasangan yg baru berumah tangga itu; 3. menjadikan sesuatu kelihatan menarik: pakaian para peserta yg beraneka warna ~ pesta kebudayaan yg gilang-gemilang itu; 4. memurnikan, menyucikan; keceriaan perihal (keadaan, sifat) ceria: ~ bilik pejabat; penceriaan proses (perbuatan) menceriakan sesuatu atau seseorang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.ria] | چريا

Definisi : 1. ucapan (kata-kata) tertentu (sbg jampi) yg dibaca sewaktu menabalkan raja; 2. kata-kata yg merupakan adat kebiasaan yg diucapkan kpd raja (sbg menyatakan kese­tiaan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.ria] | چريا

Definisi : ; menceria mendidik, memelihara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.ria] | چريا

Definisi : 1 bersih, indah dan menarik (bkn ruang atau kawasan tertentu): Ruang pejabatnya kelihatan ~ setelah dihias dgn pokok bunga. 2 riang, gembira (bkn perwatakan); berseri-seri (bkn wajah atau air muka): Dia begitu ~ kerana mendapat keputusan cemerlang dlm peperiksaan itu. 3 menarik (bkn pakaian, majlis dsb): Pakaiannya kelihatan ~ sesuai dgn tubuh badannya yg langsing. menceriakan 1 menjadikan sesuatu ruang atau kawasan ceria, membersihkan dan mengindahkan: Pelajar diarahkan ~ bilik darjah sempena kunjungan para pelawat. 2 menyebabkan seseorang kelihatan ceria, meriangkan, menggembirakan: Kelahir­an anak sulung ~ kehidupan pasangan yg baru berumah tangga itu. 3 menjadikan sesuatu (majlis, perayaan dsb) meriah dan menarik: Pakaian para peserta yg beraneka warna ~ pesta kebudayaan yg gilang-gemilang itu. keceriaan keadaan atau suasana ceria: ~ bilik pejabat dpt meningkatkan semangat bekerja. penceria­an proses, perbuatan dsb menceriakan sesuatu atau seseorang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ceria


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Ceria BuanaAnismas ArDewan Sastera1 December 2005
Ceria Bahasa (mengenang Allahyarham Pendeta Za'ba)Abdul Hadi YusoffPelita Bahasa1 September 1993
Ceria: pelajar bahasa keduaZaitul Azma Zainon HamzahDewan Bahasa1 October 2005
Larian ceria & pakaian beragamHafizah ShafieDewan Kosmik1 February 1995
Sekolah ceria, pelajar cemerlangNoridah Hj. JajaluddinDewan Siswa1 June 1996
Bilik darjah ceria pelajar berjayaNor Asmah SahiminPelita Bahasa1 August 2008
Gurindam Hidup CeriaAbdul Halim "R"Dewan Sastera1 December 2005
Senyumnya Kembali CeriaQuek, LawrenceURTV1 February 1995
Di Sebalik Wajah Ceria Ayah!Halimat Bt tajonMingguan Wanita18 April 2008
Sekolah selesa, pelajar ceriaZaitul Azma Zainon HamzahPelita Bahasa1 May 2006
12

Kembali ke atas