Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[daÖ.wat]/[da/.wat] | دعوت

Definisi : 1. cecair berwarna (merah, hitam, dsb) yg digunakan utk menulis, tinta; ~ emas tinta berwarna emas; 2. cecair berwarna hitam yg dikeluarkan oleh sotong, kurita, dll (utk menyembunyikannya drpd pemangsa); bagai ~ dgn kertas prb tidak pernah bercerai (spt suami isteri yg saling mencintai); berdakwat 1. ada atau berisi dakwat: pen saya tidak ~; 2. dilumuri dakwat; alang-alang ~ biarlah hitam prb berbuat sesuatu jangan alang kepalang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[daÖ.wat]/[da/.wat] | دعوت

Definisi : cairan berwarna (biru, hitam, merah dll) yg digunakan utk menulis; tinta: ~ merah. berdakwat 1 berisi (ada) dakwat: Pena Ani tidak ~. 2 dilumuri dakwat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dakwat

Puisi
 

Ke darat menebang juak tukas,
     Tukas kutebang tepi jeraya;
Laksana dakwat dengan kertas,
     Samalah hancur sama binasa.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Ibarat dawat (dakwat) dengan kertas: bila boleh renggang terlepas.

Bermaksud :

Suami isteri yang berkasih-kasihan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
DakwatTiadaDewan Siswa1 May 1993
Dakwat MerahEvawanialisza MohamadDewan Siswa1 September 1989
Setitik Dakwat Sehelai KertasR. MuliaBAHANA1 September 2008
Keaslian dakwat dan pena Melayu silamAli Wan MamatDewan Masyarakat1 June 1985
Pen dakwat basahTiadaDewan Kosmik1 June 1995
Prototaip - Pen tanpa dakwatTiadaDewan Kosmik1 April 2007
Melukut di Kubah DurjanaDakwat FikirTunas Cipta1 February 2009
Jati diri bangsa Malaysia: bayangan dakwat Barat dan TimurMuhammad Haji SallehDewan Sastera1 January 2006
Stanza Melankolia di Marga HampaDakwat FikirTiadaTiada
Bingkai Hidup (saat sakaratul maut menjemput)Dakwat FikirTunas Cipta1 December 2008

Kembali ke atas