Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[deng.kur] | دڠکور

Definisi : 1. bunyi spt bunyi nafas yg kuat (dr orang yg sedang tidur), keruh; 2. bunyi kur kur (kerana kesakitan yg amat sangat): ter­dengar bunyi orang tersungkur jatuh di hujung tangga diikuti ~ yg kuat; berdengkur, mendengkur 1. menge­luar­kan dengkur (ketika tidur), berkeruh, me­ngeruh: tidur ~; 2. tidur dgn nyenyaknya serta mengeluarkan (bunyi) dengkur: apabila ayam berkokok kencang, aku sudah jaga, tetapi Mustapha masih ~; dengkuran dengkur, bunyi mendengkur: Fauzi dgn mulutnya ternganga, melepaskan ~ pula spt bunyi harimau menantikan mangsanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[deng.kur] | دڠکور

Definisi : bunyi nafas yg kuat sewaktu tidur; keruh: Dia berasa terganggu mendengar ~ orang itu. berdengkur mengeluarkan dengkur; berkeruh: Matahari sudah tinggi tetapi Ali masih ~. dengkuran bunyi dengkur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dengkur


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
DengkurNoor Khariyati Mohd. AliDewan Masyarakat1 December 1994
Dengkur membawa mautTiadaDewan Siswa1 January 1986

Kembali ke atas