Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.pan] | دڤن

Definisi : hadapan, muka: dr rumah ketua kampung ternampak api pelita minyak tanah di ruang ~; minggu (bulan dll) ~ minggu (bulan dll) yg akan datang; di depan di hadapan, di muka: ~ markas besar itu terletak sebuah jip yg sudah tua; ke depan 1. ke hadapan, ke muka, mara; 2. selanjutnya, seterusnya, hingga pd; terkedepan berada (jauh) di depan atau di hadapan (dlm proses kemajuan dsb), sudah maju: utk diterima umum, seseorang itu tidak harus terkebelakang atau ~ drpd tamadun yg sedang didudukinya; seseorang mesti belajar banyak teknik pengadilan termasuk kecekapan mata drpd pengadil-pengadil yg ~; depan-depan secara berhadapan (langsung), secara bertentang mata (bersemuka): kalau tidak boleh bercakap secara ~ dgn pa­sang­an, telefonlah sahaja; kalau ingin me­negurnya, tegurlah ~ secara baik; berdepan bertemu (bersua) muka, ber­hadapan: perasaanku senang sekali apabila ~ dgn anak-anak itu; berdepan-depan berhadap-hadapan, ber­semuka; mendepan menghadap (menghala, meng­arah) ke: ibunya tidak berbaju, hanya ber­kemban gantung sahaja dan separuh dada­nya terbuka ~ angin; mendepani 1. berada di depan sesuatu: tinggallah Masniah keseorangan yg sedang ~ Mat Deli dgn degup jantungnya yg kencang; 2. berusaha tidak mahu ketinggalan; mendahului: Adi dirasakan begitu besar ~nya dlm setiap bidang; mengedepankan mengutarakan, menge­mukakan: ~ permohonan kpd pihak yg berkenaan; terdepan (yg) di depan sekali: askar-askar kita yg di medan perang ~ semuanya ber­jaga-jaga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.pan] | دڤن

Definisi : hadapan; muka: Selepas makan, mereka berbual-bual di ruang ~. minggu (bulan, tahun) ~ minggu (bulan, tahun) yg akan datang. berdepan 1 bertemu muka; bersua: Dia berasa takut apabila ~ dgn gurunya. 2 ki berlawan; beradu; bertarung: Ada perajurit Majapahit yg ingin ~ dgn pahlawan Melaka. berdepan-depan berhadap-hadapan; bersemuka. mendepan menghadap (menghala) ke sesuatu arah: Dia ~ saya apabila dia menceritakan hal itu. mendepani berhadapan dgn: ~ masalah. terdepan di depan sekali: Askar-askar dlm barisan yg ~ selalu kena tembak. di depan di hadapan; di muka: Dia berdiri ~ pintu melihat suaminya pergi. ke depan ke hadapan; maju; mara: Dia ~ menemui lawannya. mengedepankan 1 meletakkan (menempatkan) di hadapan: Dia ~ kerusi itu. 2 mengemukakan; mengutamakan: Mereka ~ cadangan-cadangan yg baik itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata depan

Puisi
 

Sirih puan depan tangga,
     Menyambung datang orang marhaban;
Tanya puan dijawab duka,
     Bunga di jambangan telah kepunyaan.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Bergurindam di tengah rimba.

Bermaksud :

Menunjukkan kepandaian di depan orang yang bodoh.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Depan atau Hadapan?S. NathesanPelita Bahasa1 September 2001
Depan BaitullahPena MutiaraDewan Agama & Falsafah1 December 2004
Berdepan-depan dengan kehidupanAnwar, WanHorison1 April 2007
Masa depan Bahasa MelayuLiaw Yock FangDewan Bahasa1 January 2007
Masa depan ASEAN semakin getirSivamurugan PandianDewan Masyarakat1 December 2006
Masa depan bahasa dicemari bangsa sendiriRasid RahamanBerita Minggu2 September 2007
Masa depan industri kecil dan sederhana [Diwawancara oleh Ibrahim Yahya dan Sutung Umar RS)Raja Nong Chik Dato' Raja Zainal Abidin, Dato'Masa1 June 2006
Masa depan MASMohd Salleh Abdul MajidMasa1 January 2006
Masa depan bahasa MelayuSallehudin SalimDewan Masyarakat1 January 1997
Masa depan rumah kos rendahNorlaila Mat TahirDewan Ekonomi1 September 1997
12345678910...

Kembali ke atas