Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[du.nia] | دنيا

Definisi : 1. bumi dan segala yg terdapat di per­mukaannya, alam (tempat kita duduki): lombong Kinta ialah kawasan lombong bijih timah yg terkaya di ~; itulah kekasihnya ~ dan akhirat; 2. perihal hidup, kehidupan: ~ hari ini penuh dgn penindasan dan kepura-puraan; 3. segala manusia yg hidup di bumi: seluruh ~ turut bersedih atas kematian Presiden John. F. Kennedy; 4. bidang, la­pangan, alam: dlm ~ perniagaan orang Melayu masih jauh ketinggalan; 5. bahagian dunia (negara dll), masyarakat: ~ sebelah sini masih lagi dlm keadaan huru-hara; ~ barat; ~ akhirat sepanjang masa, di dunia dan di akhirat; ~ kanak-kanak perihal hidup kanak-kanak; ~ luar masyarakat (negeri dll) luar; ~ ramai masyarakat ramai (umum); ~ sukan lapangan sukan; ~ diadang, kikir diperbuat, ~ diadang, saku dijahit prb bersuka-suka mahu, tetapi menge­luarkan wang enggan; memakai ~ berganti-ganti, yg hidup sesarkan mati, dgn mati itu bernanti-nanti prb baka yg turun-temurun tidak akan putus; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.nia] | دنيا

Definisi : 1 alam yg kita duduki ini; bumi dan segala yg terdapat di permukaannya: ~ kita ini bulat. 2 manusia yg hidup di bumi: Seluruh ~ kagum dgn pengembaraan orang-orang Amerika ke bulan. 3 lapangan; bidang: Dia lebih terkenal dlm ~ sukan drpd dlm ~ perniagaan. 4 bahagian bumi (benua, negara dll): ~ barat sekarang ini lebih maju drpd ~ timur. 5 keadaan hidup; keadaan masyarakat: ~ sekarang sudah terbalik, lelaki berambut panjang dan perempuan berambut pendek. ~ akhirat di dunia dan di akhirat. ~ luar masyarakat atau negara luar. keduniaan segala yg berkaitan dgn dunia; perihal dunia: Janganlah berkhayal dgn ~ saja. sedunia seluruh (serata) dunia; mengenai negara-negara di seluruh dunia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dunia

Puisi
 

Buah ini buah berangan,
     Masak dibungkus sapu tangan;
Dunia ini dunia pinjaman,
     Akhirat kelak kampung halaman.


Lihat selanjutnya...(58)
Peribahasa

Memakai dunia berganti-ganti;
     yang hidup sesarkan mati,
dengan mati itu bernanti-nanti.

Bermaksud :

Keturunan yang tiada putus-putus. sesarkan = dalam peribahasa ini maksudnya gantikan.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Dunia Oh DuniaBang AjiUTUSAN KIBLAT1 January 1901
Dunia kita, dunia anggapanUmar JunusDewan Budaya1 September 1996
Mendekatkan dunia korporat dengan dunia bahasaNik Safiah KarimPelita Bahasa1 December 1990
Dari dunia penulis ke dunia pembacaUmar JunusDewan Bahasa1 July 1983
Antara dunia Melayu dengan dunia IndonesiaIsmail HusseinDewan Sastera1 January 1985
Antara dunia sastera dan dunia ilmuUmar JunusDewan Sastera15 October 1984
Penegasan dan pembezaan: dunia pengucap dan dunia pendengarUmar JunusDewan Bahasa1 September 1983
Syarahan perdana "Antara Dunia Melayu dengan Dunia Kebangsaan" Prof.Datuk Ismail HusseinTiadaDewan Sastera1 March 1990
Dunia kepuraanM.G AtieWadah1 September 1995
Dunia gelap rumah urut homoseksualMuhammad Haffy ZikryDewan Masyarakat1 April 2007
12345678910...

Kembali ke atas