Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[du.ri] | دوري

Definisi : 1. bahagian tajam yg terdapat pd tumbuh-tumbuhan atau binatang: ~ rotan; ~ landak; ~ ikan tulang ikan; 2. ki kesusahan atau kesukaran yg dihadapi; ~ di hutan siapa pertajam prb kekuasaan Tuhan itu tidak ada batasnya; adakah ~ dipertajam prb perselisihan tidak perlu diruncingkan lagi; bagai ~ dlm daging prb hal yg selalu menyusahkan orang; air di­minum rasa ~, nasi dimakan rasa sekam prb terlalu bersedih hati; berduri mempunyai duri: kawat ~ kawat berpintal yg diberi berduri drpd kawat yg tajam-tajam; berduri-duri 1. berduri banyak; 2. ki banyak rintangan (kesulitan dll); menduri 1. spt duri: tajamnya ~ landak; 2. ki menyakiti (menyusahi dll) hati: ~ hatiku melihat perangainya yg tidak senonoh; kata-kata yg ~ kata-kata yg menyakiti hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.ri] | دوري

Definisi : ; akar ~ sj tumbuhan (pokok renek), akar bedara laut, Randia fasciculata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.ri] | دوري

Definisi : 1. sj ikan laut, Arius spp.; ~ otek, Arius utik; 2. sj ikan laut, Ketengus typus; 3. = ~ muncung sj ikan laut, Osteiogeneiosus militaris. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.ri] | دوري

Definisi : 1 bahagian yg tajam yg terdapat pd tumbuh-tumbuhan atau pd binatang: ~ bunga ros; ~ salak; ~ landak; ~ ikan tulang ikan. 2 ki kesusahan atau kesukaran yg dihadapi. berduri ada durinya; mempunyai duri. berduri-duri 1 banyak (lebat) durinya. 2 ki banyak kesulitannya (rintangan dll). menduri spt duri: Jarinya ~ landak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata duri

Puisi
 

Sakit kaki diajuk duri,
     Duri mengajuk di tengah padang;
Baiklah hati mengenang diri,
     Dirilah sudah dibuang orang.


Lihat selanjutnya...(51)
Peribahasa

Duri di hutan siapa pertajam.

Bermaksud :

Kekuasaan Tuhan tidak ada batasnya.

 

Lihat selanjutnya...(26)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Duri-duri LovibiaMawar ShafeiPelita Bahasa1 November 1996
Sepi Itu Duri-duri HalusM. Raof AgathaFamili15 December 1989
Tiada lagi nyeri duri-duriYusuf JalliJendela Sarawak1 December 2007
Duri Sepatah KataSriwati LabotDewan Sastera1 July 2000
Duri dalam Daging ManusiaMasnonah ABBAHANA1 March 2008
Duri PerkahwinanFauziah Mohd IsmailSeri Dewi dan Keluarga1 August 2008
Duri dan ApiUsman AwangMalay Literature1 June 1999
Duri & Kuasa MistikSiti Zaleha M. HashimDewan Masyarakat1 December 2005
Duri KehidupanMartha Rufinus. ORemaja1 May 1998
Duri CabaranSri AnaDewan Siswa1 September 1982
123

Kembali ke atas