[e.sa] | اسا
Definisi : satu, tidak lebih dan tidak kurang drpd satu, tunggal; kurang ~ empat puluh tiga puluh sembilan; Tuhan yg ~ Tuhan yg hanya satu; ~ hilang, dua terbilang prb terus berusaha dgn keazaman hingga tercapai cita-cita; berbilang dr ~, mengaji dr alif prb membuat sesuatu itu hendaklah dimulai dr permulaannya; esa-esaan keseorangan, berasa sunyi;mengesakan membuat (menjadikan, menganggap, dll) satu: aku tetap ~ Allah dan tidak menyekutukan-Nya; keesaan perihal tunggal, kesatuan, sifat tunggal: ~ Tuhan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[e.sa] | اسا
Definisi : tidak lebih dan tidak kurang drpd satu; satu; tunggal: kurang ~ empat puluh tiga puluh sembilan; Tuhan yg Maha ~ Tuhan yg Tunggal. mengesakan menjadikan atau menganggap esa (satu): ~ Tuhan mengakui bahawa Tuhan tunggal. keesaan sifat yg satu (tidak lebih atau tidak kurang): ~ Tuhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)