Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fi.ra.sat] | فراسة

Definisi : 1. = ilmu ~ pengetahuan mengenai tanda-tanda pd muka (badan dll) utk mengetahui kelakuan atau nasib orang: maka diketahui oleh sultan dgn ilmu ~ baginda bahawa budak itu keturunan raja-raja; 2. perasaan hati bahawa akan terjadi sesuatu sesudah melihat tanda tertentu: saya mendapat ~ bahawa ia akan mendapat kemalangan; 3. tanda-tanda pd muka (badan dll) yg dapat menggambarkan kelakuan orang: menurut ~nya, ia orang yg tinggi hati; berfirasat 1. berasa sesuatu akan terjadi berdasarkan tanda tertentu yg ada: aku ~ bahawa dia akan dikenakan oleh ibu mentuanya; 2. meramal atau menduga bahawa sesuatu akan terjadi berdasarkan tanda tertentu yg ada: kawan pasangannya harus pandai ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fi.ra.sat] | فراسة

Definisi : 1 keadaan tubuh atau tanda-tanda pd muka, badan dll yg dianggap ada hubungannya dgn kelakuan seseorang: ilmu ~ pengetahuan ttg tanda-tanda pd muka (badan dll) yg akan menunjukkan atau menggambarkan kelakuan orang itu. 2 sesuatu yg dirasakan atau diketahui sebelum terjadi sesuatu peristiwa. berfirasat 1 berasa sesuatu akan terjadi berdasarkan tanda(-tanda) yg ada. 2 meramalkan atau menduga bahawa sesuatu akan terjadi berdasarkan tanda(-tanda) yg ada: Beliau ~ bahawa mereka akan mendapat keuntungan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata firasat


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Firasat MimpikuNarzi ShamURTV15 January 1997
Firasat Tak TertunaiRoslinda MansorJelita1 January 1995
Firasat MalamIsmail, FaisalHorison1 June 1970
Sebuah FirasatWidjaja, PutuHorison1 August 1970
Pengarang dan firasatShahnon AhmadMastika1 January 1970
Iman Markisa: kritikan berasaskan pendekatan firasatJelani HarunDewan Sastera1 June 2003

Kembali ke atas